Eira Syazira - Google Blog Search |
<b>Eira Syazira</b> dan Ryzal Jaafar Dalam Telemovie Sejadah Dari - Budiey Posted: 08 Aug 2012 01:51 AM PDT Keinsafan Seorang Anak Dalam Telemovie Sejadah Dari Mekah Di TV2 Jika sudah terbit hasrat murni dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan, usah sesekali terniat untuk menangguhkannya kerana rahmat Allah hanya hadir pada seseorang dan situasi dikendakiNya. Kisah sama penuh pengajaran yang melatari telemovie menarik disiarkan khas dalam bulan Ramadan yang mulia ini dikongsi bersama penonton setia RTM mengisi slot Citra bertajuk Sejadah Dari Mekah pada 14 Ogos 2012, jam 10.00 malam menerusi TV2. Mengetengahkan pelakon handalan Nasir Bilal Khan, Izreen Azminda, Eira Syazira, Ryzal Jaafar, Mohd Shahfriz dan Hairee Es, drama terbitan Ardwerk Production Sdn Bhd ini pastinya mampu meruntun hati dan membuat penonton menitiskan air mata bila mana seorang bapa tunggal yang menjaga dua anak gadisnya setelah kematian isterinya 15 tahun lalu diuji dengan sikap salah seorang anak gadisnya. Panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya tidak berpanjangan apabila anak bongsunya mula berubah sikap. Rohaya dilihat jauh berubah terutama dari segi perwatakan dan pergaulannya. Dia berpewatakan seperti lelaki dan kemuncaknya terlibat dengan najis dadah. Situasi itu mencalarkan kreadibiliti kakaknya, Suraya yang juga seorang guru apabila dirinya mula dicemuh masyarakat kerana sebagai seorang pendidik dia telah gagal membimbing adik sendiri. Suraya tertekan dengan situasi itu dan sejak itu hubungan mereka adik-beradik mulai dingin. Apatahlagi tingkah Rohaya semakin hari semakin menjadi-jadi. Pak Akhil kecewa dengan persengketaan yang wujud antara kedua-dua anak kesayangannya itu. Dia mahu membawa Rohaya pulang ke pangkal jalan. Namun tidakannya tidak direstui Suraya yang nyata putus asa untuk memulihkan adiknya. Harapannya sudah hancur berkecai sejak dirinya terpaksa menanggu malu atas keterlanjuran sikap Rohaya. Satu hari Pak Akhil meluahkan hasrat mahu menghantar Rohaya menunaikan umrah. Tindakan ayahnya itu dibantah keras oleh Suraya kerana hasratnya mahu Pak Akhil yang menunaikan umrah dan bukannya Rohaya yang dianggap jauh tersesat. Apatahlagi telah lama ayahnya menyimpan hasrat mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Akhirnya doa Pak Akhil makbul untuk melihat Rohaya berangkat menunaikan umrah meskipun sebelum itu terjadi beberapa perkara yang memilukan hatinya sebagai seorang bapa dengan sikap anaknya itu yang bertindak melarikan wang simpanan miliknya. Rohaya terpana bila mendengar rintihan bapanya yang bersungguh-sungguh mahu melihat perubahan dirinya. Berkat doa Pak Akhil, Rohaya kembali ke tanah air dengan selamat dan dia sempat menitipkan sejadah dari Mekah untuk dihadiahkan kepada ayahnya itu. Namun kemudiannya berlaku situasi yang tidak diduga sama sekali bila Pak Akhil menemui ajal di atas tikar sejadah yang dihadiahkan oleh Rohaya. Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik kejadian itu? Nantikan kesudahannya dalam Sejadah Dari Mekah hanya di TV2. No tags for this post.Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Eira Syazira - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan