Nuffnang

Khamis, 20 September 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Bebas Tuduhan Miliki Dadah

Posted: 25 Jun 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

PETALING JAYA, 25 JUN 2012: Pelawak dan pelakon terkenal, Saiful Apek dan tiga rakannya dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini daripada tuduhan memasukkan dadah ganja ke dalam badan, dua tahun lalu.

Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat mereka sebelum ini pernah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Shah Zainatull adalah pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, manakala Shaiful Baharom dan Noremy pula merupakan pekerja sambilan kru produksi syarikat milik Apek itu.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan