Nuffnang

Khamis, 20 September 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Kes saman : Nadia Musafar fitnah terhadap pelakon <b>Lisdawati</b> <b>...</b>

Posted: 21 Apr 2010 12:00 AM PDT


Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan pelakon Nadia Mustafar berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan pelakon Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 dalam kes saman fitnahnya terhadap Nadia.

Dalam keputusannya, Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Sesyen adalah betul selepas mendengar keterangan saksi semasa perbicaraan.

"Beliau menggunakan undang-undang yang betul kepada fakta yang dibentangkan di hadapannya. Tiada sebab bagi mahkamah ini campur tangan dalam keputusan (Mahkamah Sesyen) itu," kata hakim.

Beliau turut memerintahkan Nadia, atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, membayar kos perundangan RM3,000 kepada Lisdawati.

Lisdawati, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, dan Nadia tidak hadir di mahkamah pada Selasa.

Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili Lisdawati, manakala Nadia diwakili Siti Julaini Mohd Shahar.

Pada 31 Oktober tahun lepas, Lisdawati diberi ganti rugi RM50,000 oleh Hakim Mahkamah Tinggi selepas beliau memenangi kes saman fitnah terhadap Nadia.


Dalam saman yang difailkan pada 21 April, 2010, Lisdawati mendakwa Nadia dengan niat jahat memberi wawancara yang mengandungi perkataan berbaur fitnah kepada wartawan Hanif Abdul Ghani (Allahyarham) dari majalah Media Hiburan.

Lisdawati mendakwa wawancara itu dibuat pada Januari 2005 dan artikel mengenainya disiarkan oleh majalah itu dalam edisi 8 – 14 Januari 2005.

Beliau mendakwa perkataan dalam artikel itu bertujuan membawa maksud bahawa beliau meminjam wang daripada Nadia dan gagal membayar balik hutang itu.

Nadia, dalam pernyataan tuntutannya bertarikh 18 Mei, 2010, mendakwa artikel itu tidak berbaur fitnah, sebaliknya bertujuan meminta orang yang berhutang supaya menjelaskan hutangnya. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan