Nuffnang

Khamis, 20 September 2012

ramlah ram - Google Blog Search

ramlah ram - Google Blog Search


Aspirasi Hati, album baru <b>Ramlah Ram</b> 2012

Posted: 13 Sep 2012 08:46 PM PDT

Ramlah Ram bakal muncul dengan album terbaru berjudul 'Aspirasi Hati' yang akan mula menjengah pasaran pada Oktober ini.

Album yang diterbitkan oleh kelab peminat yang dinamakan 'Ramlah Ram Group" (RRG) ini telah memulakan proses rakaman sejak tahun 2010 dan apabila album ini dilancarkan, ia bakal menjadi album pertama artis Malaysia yang diterbitkan oleh kelab peminat yang berdaftar.


"Album kali ini memperlihatkan stratergi kami untuk menguasai pasaran meliputi lapisan umur dan bangsa. Lagu-lagu yang dihasilkan adalah mengikut selera anak-anak muda masa kini serta tidak melupakan peminat setia yang membesar dengan lagu-lagu Ramlah. Album ini merupakan sebuah hadiah serta pengorbanan dari peminat," ujar Mifzal selaku President RRG dan juga komposer lagu dalam album ini.

'Aspirasi Hati' mengandungi 10 buah lagu dan 2 buah lagu bonus. Antara lagu-lagu yang terkandung adalah '5 minit', 'Takdir Cinta', 'Sejadah Cinta', 'Sesaat Kau datang', 'Hati', 'Benar mencintai', 'Seandainya', 'Cinta Gila', 'Aspirasi' dan lain-lain. Lebih menarik, album ini turut mengundang beberapa penyanyi muda berbakat besar seperti Caprice, Ana Syuhada, Faris Awanband dan SleeQ untuk bergandingan dalam beberapa buah lagu.

Pada peminat setia Ramlah Ram, nantikan album ini di pasaran pada Oktober 2012 ini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan