Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: Adira rapat dengan <b>Aliff Aziz</b> di lokasi

Posted: 19 Oct 2012 02:00 AM PDT

Penyanyi yang popular dengan lagu "Ombak Rindu" Adira akui mengenali Aliff Aziz hanya sebagai seorang kawan. 

Menurut Adira, mereka bertemu ketika membuat satu persembahan bersama, namun pada waktu itu mereka hanya bertegur sapa sebagai rakan artis sahaja. Kemudian, pada awal tahun 2012, mereka bertemu semula apabila digandingkan bersama sebagai teraju utama untuk drama terbaru terbitan Astro iaitu "Tiara". 

Sudah menjadi lumrah apabila digandingkan sebagai pasangan kekasih di dalam sebuah produksi, untuk mendapatkan keserasian haruslah ada komunikasi dan perbincangan untuk menjayakan babak – babak tertentu. 

Namun Adira menjelaskan bahawa, hubungannya dengan Aliff hanya sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. 

"Saya dan Aliff memang berkawan ketika di set penggambaran, namun selepas sahaja tamat penggambaran, kami tidak lagi berhubung." 

Adira yang ditanya samada dia tahu atau tidak mengenai berita Aliff dimasukkan ke hospital akibat sakit dada baru-baru ini, Adira berkata, dia tidak tahu langsung berita tersebut jika tidak diberitahu oleh jurusoleknya. 

"Ketika itu saya sibuk dengan persembahan di Penang dan di Sabah, Aliff pula tidak memberitahu apa-apa. Saya dapat tahu pun dari jurusolek saya yang ketika itu baru sahaja mendapat berita Alif ditahan wad akibat sakit dada." 

Tambah Adira, dia sememangnya tahu pergolakan yang berlaku di antara Aliff dan Anne Ngasari, namun dia memilih untuk menjadi pendengar sahaja dan enggan memberi sebarang komen mengenai hubungan Aliff dan Anne. 

"Saya tidak nafikan, ramai kawan-kawan saya yang seringkali meluahkan perasaan kepada saya dek kerana sifat saya yang suka mendengar. Aliff ada juga memberitahu tapi saya hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak mahu lebih, karang lain pula jadinya," katanya. 

Adira berkata, dia tidak mahu merumitkan keadaan lagi dan menganggap kontroversi yang menimpa dirinya ada hikmah disebaliknya. Apa yang perlu dilakukan adalah teruskan hidup dan belajar daripada kesilapan lalu. 

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 21, berkata, kini fokusnya adalah kepada drama pertamanya yang bakal disiarkan pada 22 Oktober ini dimana Adira memegang watak utama dalam drama tersebut. 

"Ini merupakan percubaan pertama saya sebagai pelakon. Jika sebelum ini hanya memegang watak sampingan, kini saya memegang watak utama pula. Ia merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan." 

Gusar dengan penerimaan peminat terhadap lakonannya, Adira memberitahu bahawa dia telah memberikan yang terbaik untuk drama tersebut. 

"Saya takut sebenarnya dengan penerimaan peminat. Ini merupakan drama pertama saya. Saya harap mereka dapat memberikan komen yang positif untuk saya terus berusaha untuk memperbaiki lakonan saya."  

Walaubagaimanapun, Adira menjelaskan bahawa fokus utamanya adalah kepada nyanyian dan berlakon bukanlah keutamannya buat masa ini. 

Drama "Tiara" yang akan menemui penonton pada 22 Oktober ini akan disiarkan di saluran 105 Prima pada jam 5.30 petang dan ulangannya pada 9.30 malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan