Hans Isaac - Google Blog Search |
:: MYARTIS.COM ::: <b>HANS ISAAC</b> AKUI 'SERIUS' DENGAN NEELOFA Posted: 15 Oct 2012 06:57 AM PDT Akibat sindiran segelintir pihak yang mengibaratkan pelakon dan pengacara Nona, Neelofa seperti 'perigi mencari timba', akhirnya tanpa diduga Aktor dan produser Hans Isaac, 41, mengakui hubungannya dengan Neelofa 'serius'. Bagaimanapun, Hans masih mahu bermain teka-teki mengenai kisah cintanya itu kerana bimbang 'pisang berbuah dua kali' apabila sering gagal dalam percintaan. Katanya, biarlah kali ini ia menjadi rahsia peribadinya kerana sebelum ini dia sudah banyak berkongsi kisah cinta dengan peminat. "Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini. "Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja. "Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya," ujarnya dipetik sebagai berkata. Tambah Hans lagi, dia memang terkilan apabila tidak dapat menunaikan niat mendiang ibunya untuk melihat dia berumahtangga. Katanya, dalam hal memilih pasangan hidup, dia tidak boleh gelojoh atau terburu-buru. "Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup. "Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu," ujarnya penuh teka-teki. |
You are subscribed to email updates from Hans Isaac - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan