Nuffnang

Rabu, 31 Oktober 2012

Azhar Sulaiman - Google Blog Search

Azhar Sulaiman - Google Blog Search


<b>Azhar Sulaiman</b> Bijak Simpan Rahsia Rumah Tangga

Posted: 31 Oct 2012 03:58 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Azhar Sulaiman lebih senang tidak berkongsi mengenai kisah rumah tangganya sama ada yang baik atau pun buruk sebagai cara menjaga keharmonian perkahwinan yang dibina dengan Chempaka Emalin Pahamin sejak 16 tahun lalu.
Azhar, 41, berkata, sebagai seorang selebriti dia perlu bijak menyimpan hal-hal peribadi mengenai rumah tangganya supaya ia tidak menjadi permainan di media massa.
"Rumah tangga siapa yang tiada masalah dan begitu juga saya tetapi sebagai seorang selebriti kita harus bijak menyimpan cerita terutama yang buruk daripada diketahui umum.
"Apa juga perihal di rumah jangan dibawa keluar dan bercerita kepada orang lain kerana ia akan mengundang masalah lain," ujarnya kepada mStar Online.
Hasil perkahwinan Azhar dan Chempaka mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 13, serta si kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona yang masing-masing berusia 10 tahun.
Dalam pada itu, Azhar berkata, ada segelintir artis yang gemar bercerita mengenai perihal rumah tangga kepada krew produksi atau pun jurusolek yang sebenarnya mengundang padah kepada mereka sendiri.
Kata Azhar, walaupun mereka tidak mahu kisah peribadi diketahui umum tetapi secara dasarnya mereka sendiri telah menyebarkan perkara tersebut kepada pihak ketiga.
"Saya pernah jumpa segelintir artis yang kononnya tidak mahu pihak media menghidu kisah rumah tangga mereka yang bermasalah tetapi dia bercerita dengan orang sekeliling semasa di set penggambaran.
"Daripada situ cerita ini akan tersebar sehingga ia dapat dihidu oleh pihak media. Bagi saya mereka tidak boleh menyalahkan wartawan yang mahu menulis cerita tersebut kerana golongan berkenaan hanya menjalankan tugas," ujarnya.
Sementara itu, Azhar bersyukur apabila khidmatnya sebagai seorang pelakon masih diperlukan dan memberitahu akan terus berlakon walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap dalam bidang seni bina.
Malah kata Azhar, rezekinya dalam bidang lakonan pada tahun ini sangat memberangsangkan dengan pelbagai tawaran diterima.
"Tahun ini sangat baik untuk saya dan berharap 2013 akan menjanjikan perkara-perkara yang lebih teruja," katanya.
Azhar bakal muncul dengan drama bersiri terbaru berjudul Persona Sukma arahan Hazali Ramli di samping pelakon seperti Ruzana Ibrahim, Julia Zigler, Erry Putra dan Amanda Misbun.
Drama bersiri 26 episod itu terbitan Bright Networks Sdn. Bhd.
Ia akan disiarkan bermula Sabtu dan Ahad ini pada setiap pukul 7 malam di TV1.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhar Sulaiman</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Oct 2012 12:00 AM PDT


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Azhar Sulaiman</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Oct 2012 10:31 AM PDT


Tonton Citra Juwita Episod 12 - DramaTvOnline

Posted: 11 Oct 2012 10:31 AM PDT


Tonton Citra Juwita Episod 12

Info 
Setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9, bermula 19 Julai ini. 

Sinopsis Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Pun begitu hubungan mereka dihalang keluarga Citra. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa kemewahan. Setelah dikurniakan cahaya mata, Juwita (Eyka Farhana), Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai. 

Juwita ingin tinggal bersama bapanya. Sementara Citra telah membawa diri dan tidak lagi mengambil tahu tentang anaknya itu. Hari berganti hari, Juwita semakin dewasa. Namun bapanya pula jatuh sakit dan meninggal. Sebelum itu, dia berjanji dengan bapanya untuk mencari ibunya, Citra dan tinggal bersamanya. Namun dugaan kembali melanda Juwita apabila dia bertemu dengan ibunya. Apakah Juwita akan kembali terluka? 

Pelakon Eyka Farhana, Jasmin Hamid, Azhar Sulaiman, Addy Ashraf, Shahrol Nizam dan Azuan Mazlan. 

Tonton Citra Juwita Episod 12 - CLICK HERE! 

Episod Lain - CLICK

nakalnya pelakon <b>Azhar Sulaiman</b>

Posted: 17 Apr 2011 11:00 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan