Alyah - Google Blog Search |
PENYANYI <b>ALYAH</b> MASUK HOSPITAL LAMPU SPOT LIGHT JATUH Posted: 13 Sep 2012 09:33 PM PDT Penyanyi Alyah masuk hospital lampu spot light jatuh Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan "Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital "Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna |
Pengurus Nafi <b>Alyah</b> Bakal Lumpuh Posted: 15 Sep 2012 07:44 PM PDT Pengurus Nafi Alyah Bakal Lumpuh : Pengurus Alyah, Syuib Ismail menafikan desas desus penyanyi Alyah yang ditimpa lampu sportlight kelmarin bakal lumpuh. Pengurus Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menafikan desas-desus kononnya penyanyi itu bakal lumpuh akibat ditimpa lampu tumpu kelmarin. Syuib Ismail berkata, ini kerana ujian X-ray ke atas penyanyi itu semasa menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara di sini mendapati tulang belakang penyanyi berusia 31 tahun itu tidak cedera. "Jadual nyanyian Alyah juga tidak terganggu kerana doktor mengesahkan keadaannya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi," jelas Syuib kepada para wartawan di hospital berkenaan semalam. Alyah ditimpa lampu sportlight kelmarin ketika menghadiri satu majlis rumah terbuka anjuran Hot FM di Sri Pentas. Lampu tersebut terjatuh setelah dilanggar secara tidak sengaja oleh seorang tetamu lalu menghempap belakang tubuh Alyah. Alyah kini dilaporkan menjalani latihan fisioterapi di KPJ Damansara akibat kecederaan tersebut. "Keadaan saya semakin baik dan stabil, juga beransur pulih walaupun terasa sedikit lemah" jelas Alyah. Connect Facebook 5.0 |
You are subscribed to email updates from Alyah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan