Nuffnang

Ahad, 7 Oktober 2012

Fauzi Nawawi - Google Blog Search

Fauzi Nawawi - Google Blog Search


(Gosip) <b>Fauzi Nawawi</b> Curang? BBM Sebagai Bukti Skandal <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2011 03:57 AM PST

18/11/2011 by Staff Wassupz! | Filed under Wassupz! Tempatan.

Kami mendapat tahu gosip ini dari blog hiburan Rotikaya mengatakan bahawa Fauzi Nawawi mempunyai kekasih gelap dengan kata lain curang kepada pelakon Lisdawati.

Mereka (Rotikaya) yakin dengan bukti BBM yang menunjukkan mesej diantara Fauzi Nawai dengan kekasih gelapnya. Mereka juga telah menjumpai beberapa orang dalam industri hiburan ini untuk membuat pengesahan sama ada ianya adalah Fauzi Nawawi.

Kami berjaya menemui beberapa orang dalam industri untuk mengesahkan identiti BBM Fauzi Nawawi dan 99% bersetuju ini memang akaun BBM milik pelakon terkenal itu.

Berikut adalah screenshot Blackberry Messenger (BBM) tersebut.



   

Tags: ,

Dituduh Mempunyai Kekasih Gelap. Apa Komen <b>Fauzi Nawawi</b> <b>...</b>

Posted: 18 Nov 2011 04:13 AM PST

18/11/2011 by Staff Wassupz! | Filed under Wassupz! Tempatan.


Baru sebentar tadi kami melaporkan gosip kecurangan Fauzi Nawawi. Kini kami mendapat komen tuan punya badan mengenai gosip hangat ini.

Apabila wartawan sebuah blog hiburan, menanya Fauzi Nawawi mengenai gosip ini, ternyata terkejut dan menyifatkan laporan tersebut sebagai satu fitnah.

"Apa nombor BB pin saya? Sebab setahu saya, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui BB pin saya. Kalau sekadar gambar tertera wajah saya ianya belum dapat membuktikan itu adalah saya."

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Dari segi gaya perbualan / tulisan dalam mesej itu jelas sekali membuktikan ia sama sekali bukan saya. Kalau sekadar gambar, sesiapa pun boleh menyamar sebagai saya. Sebelum ini pernah juga terjadi di mana saya pernah join BB group, dan salah seorang teman bertanya sama ada benarkah ini 'Fauzi Nawawi', dan saya mengiyakan dan bertanya kenapa, lalu teman tersebut memberitahu bahawa sebelum ini ada individu dengan nama yang sama mengaku dirinya adalah 'Fauzi Nawawi' (menyamar). Jadi jelas di sini siapapun boleh menyamar,"

Selain itu, Fauzi menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu 'game' buat dirinya, sambil memerli pihak terbabit agar terus menyebarkan fitnah kerana hakikatnya, dia dan isterinya (Lisdawati) bahagia. Menyentuh semula tentang kandungan mesej tersebut yang turut menyatakan 'Fauzi' meluahkan masalah keluarga kepada individu (dipercayai skandal) tersebut sehinggakan menyatakan keinginan berumahtangga sekali lagi, Fauzi ada jawapannya.

"Saya tidak pernah bercerita masalah keluarga saya sama ada dengan ibu saya sendiri waima ibu mertua saya, inikan lagi bercerita meluah segala masalah kepada orang luar, tidak sama sekali."

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan meninggalkan isteri saya, walau apa terjadi sekalipun, Insyaallah. Dan saya akan sedaya upaya cuba cari jalan untuk menyaman laman gosip tersebut kerana apa yang terjadi ini adalah satu fitnah melampau yang mengaibkan saya dan boleh menjejaskan rumah tangga saya. Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!"

sumber: OhBulan



   

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan