Nuffnang

Ahad, 7 Oktober 2012

Elly Mazlein - Google Blog Search

Elly Mazlein - Google Blog Search


<b>Elly Mazlein</b> Tidak Sabar Untuk Berkahwin Disember Ini » Wassupz!

Posted: 29 Feb 2012 04:14 PM PST

01/03/2012 by Staff Wassupz! | Filed under Wassupz! Tempatan.

Sudah lama kami tidak mendengar cerita mengenai penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein selepas pertunangannya dengan seorang pengarah, Azmi pada Mac tahun lalu. Hari ini kami membaca mengenai artis ini yang dilaporkan teruja untuk berkahwin dan bersedia untuk menjadi isteri kepada Azmi, duda beranak dua.

Menurut Elly Mazlein,

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami sudah pun 50 peratus siap. Diakui, saya dah tak sabar dan teruja untuk bergelar isteri kepada Azmi.

"Alhamdulillah, melalui kehidupan sebagai tunangan orang tidaklah sesukar mana. Setakat merajuk sikit-sikit kerana sibuk dengan kerja masing-masing itu biasalah,"

Mengenai perkahwinannya nanti, Elly Mazlein telah memilih Eila Faizshah dan Linda Rahim sebagai pereka busana perkahwinannya. Dia turut bersyukur kerana ahli keluarga turut membantu dalam persiapan perkahwinan mereka. Mengenai hantaran pula, Elly Mazlein bakal menerima wang hantaran sebanyak RM11,111.11.

Untuk pengetahuan anda, Elly Mazlein bakal muncul dengam dua single baru ciptaan Julfekar iaitu Please Forgive Me dan Kata Saja I Love You yang juga merupakan lagu soundtrack filem "Awan Dania The Movie".

Rujukan: mStar



   

Tags: , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan