Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Aliff Aziz - Google Blog Search

Aliff Aziz - Google Blog Search


<b>Aliff Aziz</b> Tersentak Tahu Pertunangan Anne Ngasri | OHBULAN!

Posted: 21 Nov 2012 09:38 AM PST


Mengetahui berita pertunangan bekas kekasihnya, Anne Ngasri melalui laporan akhbar seminggu yang lalu benar-benar menyentak hati penyanyi bersuara husky ini, Aliff Aziz. Apatah lagi, laporan akhbar itu turut menyebut bahawa wanita yang pernah bertakhta dalam hatinya itu berhasrat untuk melaksanakan perkahwinan bersama Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012.

Riak wajah Aliff Aziz yang hadir di majlis pengumuman Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Hotel Holiday Villa, lewat petang semalam berubah sedih apabila mengimbas kembali janji mereka berdua untuk mendirikan rumah tangga. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak tercapai disebabkan hubungan cinta mereka retak pada bulan September lalu.

"Kami memang ada buat perancangan untuk berkahwin pada bulan Disember, tapi jodoh tak kesampaian. Dalam proses pemulihan, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia sudah bertunang dan akan berkahwin. Jujur kata, ia benar-benar membuatkan hati saya terluka.

"Sepanjang perkenalan kami, dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia memang jaga segalanya termasuk pemakaian. Pada saya, dia adalah wanita yang sempurna dan saya tak pernah menyesal berjumpa dengannya.

"Sejak berpisah, pertama kali dalam hidup, saya memang rasa kehilangan yang teramat besar. Tapi, saya sedar bahawa saya masih mempunyai keluarga dan peminat yang memberikan sokongan. Saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, nothing can stop me. Namun, saya tetap rasa kosong, rasa 'lost' tanpa dia.

Pada masa yang sama, Aliff turut memberitahu bahawa Anne Ngasri ada menghubungi bapanya untuk bertanya khabar. Namun, ketika itu Anne tidak memaklumkan sebarang berita pertunangan kepada orang tuanya.

"Dia ada menghubungi bapa saya, tanya sihat atau tak. Bapa saya ada tanya, 'tak nak contact Aliff ke?'. Tapi, Anne kata yang dia memang tak nak hubungi Aliff kerana enggan merobekkan lagi hati Aliff.

Walaupun jelas kesedihan, penyanyi ini menerima bahawa kegagalan hubungan mereka mungkin berpunca daripada sikap endah tak endah yang dipraktiskan tanpa sedar terhadap Anne Ngasri.

"Ini adalah pengajaran yang besar buat saya kerana selama ini bersikap endah tak endah terhadap wanita yang pernah bertakhta dalam hati saya. Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu. Saya berharap dengan mendoakan kebahagiaan Anne, dengan izin-Nya kesakitan ini dapat dikurangkan.

"Saya turut mendoakan agar perkahwinan Anne bersama bakal suaminya kekal sehingga akhir hayat," luahnya yang turut tercalon dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular.

Hubungan Anne Ngasri & Aliff Aziz menemui jalan buntu apabila kedua-duanya mengambil keputusan berpisah pada 23 September yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan