Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Eira Syazira - Google Blog Search

Eira Syazira - Google Blog Search


Misi 44 hari <b>Eira Syazira</b> | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 04 Nov 2012 07:00 PM PST

PELAKON yang sarat mengandung tujuh bulan ini tidak kisah persepsi sekeliling terhadap berat badannya yang naik mendadak ketika ini asalkan bayi yang dikandungnya itu sihat.

EIRA dan suami, Azad begitu teruja menantikan kelahiran zuriat sulung mereka ini.

Isteri kepada pelakon Azad Jasmin iaitu Eira Syazira ini juga tidak kisah berat badannya naik sehingga tiga kali ganda daripada 45 kilogram (kg) kepada 67kg ketika mengandungkan bayi sulungnya itu.

Bagi Eira, tubuhnya boleh dikatakan agak gemuk ketika fasa kehamilan disebabkan angin dan air seperti yang dikatakan oleh orang tuanya.

"Saya tidak makan banyak sangat pun masa mengandung, tetapi mak dan mak mentua saya cakap badan saya banyak angin dan air sebab itu nampak macam kena pam," ujarnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Dia ditemui ketika sidang akhbar Tribute P. Ramlee yang menghimpunkan 10 telemovie pengarah terkenal tempatan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suhan Movies Sdn. Bhd. dan Utusan Melayu (M) Berhad.

Dalam himpunan telemovie itu, Eira turut berlakon dalam telemovie Tunggu Sekejap bersama pelakon, Fizo Omar dan Nasir Bilal Khan di bawah arahan Along Kamaluddin yang ditayangkan di TV1 pada 4 November ini, pukul 9 malam.

Tambah Eira, dia akan sedaya upaya cuba untuk menurunkan berat badannya kepada asal iaitu 45kg semasa dalam tempoh berpantang 44 hari itu nanti.

"Saya tidak akan adakan sesi fotografi dengan mana-mana syarikat media selagi saya tidak kurus selepas bersalin nanti. Kalau saya tolak pelawaan fotografi, itu maknanya saya tidak kurus lagilah," ujarnya berjenaka.

Tekad Eira, dia akan mengamalkan amalan pantang bersalin petua tradisional bagi memudahkan proses penurunan berat badannya nanti.

"Saya ingat dalam pantang nanti hanya mahu makan nasi sekali sehari sahaja dan banyak minum air halia. Nasi memang kena makan juga untuk membolehkan saya menyusu badan nanti," ujarnya.

Kejutan jantina anak

Bercerita mengenai kandungannya pula, pelakon drama Cinta Balqis ini memberitahu, bahawa dia tidak mahu mengetahui jantina anak sulungnya itu bagi membuat kejutan kepada dirinya dan keluarga.

"Doktor ada tanya hendak tengok jantina atau tidak semasa buat imbasan tetapi saya dan Azad sepakat untuk jadikan ia sebagai kejutan kelak," ujarnya akan mula membeli kelengkapan bayi pada 7 November nanti.

Disebabkan tidak mahu mengetahui jantina bayinya itu, Eira akan membeli pakaian bayi dengan warna yang boleh digunakan oleh bayi lelaki atau perempuan seperti kuning, hijau atau biru muda sahaja.

Berkongsi pengalamannya mengandungkan anak sulung pula, Eira berkata dia tidak mengalami sebarang kesukaran kecuali hanya berat badan yang naik mendadak dan sekarang hanya cepat penat.

"Saya rasa biasa sahaja, yang kena alahan teruk dan berperangai pelik adalah Azad bukannya saya.

"Saya memang gembira tetapi dalam masa sama takut pun ada, tetapi saya harap semuanya selamat nanti," ujarnya yang bakal bersalin di Kuala Lumpur dan berpantang di rumah ibunya di Putrajaya.

Tambah Eira, suaminya juga berperangai pelik apabila sepanjang hayat tidak pernah makan masakan yang ada ketam sebaliknya apabila dia mengandung masakan ketam adalah yang paling digemari.

"Sampai sekarang pun dia suka makan ketam, walaupun sudah 36 tahun tidak pernah makan ketam. Satu lagi, sampai sekarang dia masih muntah-muntah pada waktu pagi, bukannya saya," tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan