Nuffnang

Isnin, 26 November 2012

Fida Ibrahim - Google Blog Search

Fida Ibrahim - Google Blog Search


<b>Fida Ibrahim</b> Dan Zalif Sidek Kini Bercinta??

Posted: 07 Nov 2012 12:00 AM PST

.
shamsul mbsb 2 bulan 4/8/2012-4-10-2012
zalif

Pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui kini sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek selepas hubungannya dengan pelawak Mamat Sepah dan seorang usahawan bergelar 'S' menemui kegagalan.

Menurut Fida, dia mulai rapat dengan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, sejak dua bulan lalu kerana kesungguhan lelaki itu yang mahu mengenalinya dengan lebih dekat.

"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam," katanya .

Mengenai keintimannya dengan Zalif yang juga seorang pelakon komedi, Fida berkata, dia mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan periang.

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

zalif

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," kongsinya.

Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida berkata, mereka semakin renggang kerana perbezaan status dan kesibukan kerja masing-masing.

"Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Apabila gosip-gosip itu timbul sebelum ini, ia menyulitkan keadaan.

"Kalau saya, mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip kerana saya bekerja dalam bidang ini tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya," luahnya.

Dalam perkembangan lain, Fida berkata, dia baru sahaja menyiapkan klip video lagu versi baru Apo Kono Eh Jang yang menampilkan Datuk AC Mizal dan Stellar.

"Klip video lagu itu akan dimuat naik di laman YouTube dalam masa terdekat. Saya harap ia akan diterima baik kerana ada beberapa kejutan dalam video itu nanti," tuturnya.

VN:F [1.9.20_1166]

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

VN:F [1.9.20_1166]

ENTRY BERKAITAN:

  1. Fida dan Mamat Sepah Bercinta Sebab Tandatangan?
  2. Khairul Fahmi dan Leuniey Kini Bercinta?
  3. Amir Raja Lawak Serik 5 Kali Gagal Bercinta – PLAYBOY
  4. Kekasih Gelap Jalani Sidek Buat Pengakuan
  5. Pelakon Kuswadinata Kini Semakin Tenat, Tiada Harapan Untuk Hidup
  6. Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain Yang Kini Bertudung
  7. Video Pengawal Peribadi Anwar Ibrahim Acu Pistol Pada Orang Awam
  8. Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam
  9. Video Tingkat 21 MB Selangor Khalid Ibrahim Tersebar
  10. Gambar Adam AF Kini Berjubah
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan