Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Alyah - Google Blog Search

Alyah - Google Blog Search


<b>Alyah</b>, Audionauts dan SleeQ Berjaya Mendapat Lima Pencalonan <b>...</b>

Posted: 11 Nov 2012 04:20 PM PST

Anugerah Planet Muzik (APM) kembali buat tahun ke-11dan akan dipentaskan di Singapura pada Sabtu, 15 Disember 2012, 8.30 malam di MAX Pavillion, Singapore Expo.

Majlis anugerah tahunan ini memberikan pengiktirafan kepada para artis dan penggiat muzik Melayu serantau – Indonesia, Malaysia dan Singapura.

17 anugerah akan diberikan kesemuanya, yang mana anda akan menentukan pemenang bagi 6 kategori! – Artis Singapura Paling Popular, Lagu Singapura Paling Popular, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular, Nova Media Baru dan Ikon Media Baru.

"Tahun ini berlaku perubahan pada senarai kategori yang dipertandingkan. Anugerah Album Terbaik  tidak lagi dipertandingkan kerana pihak kami melihat kategori itu tidak lagi releven dengan situasi industri muzik ketika ini. Sebaliknya, kami menambah tiga kategori baru iaitu Anugerah Hits Radio, Anugerah Ikon Media Baru dan Anugerah Nova Media Baru," ujar Hassan.

Daripada 362 pencalonan yang diterima, Malaysia mendahului dengan 130 pencalonan, diikuti dengan Indonesia 122 pencalonan dan Singapura 110 pencalonan. Alyah, Audionauts dan SleeQ merupakan tiga artis yang berjaya mendapat lima pencalonan. Sementara Yuna, Aliff Aziz, Awi Rafael, Hady Mirza, dan Hafiz mendapat empat pencalonan," ujar Aura Shai.

Dalam sidang media ini juga, turut mengumumkan Dato' AC Mizal sebagai salah seorang pengacara yang bakal menghangatkan serta memeriahkan malam kemuncak Anugerah Planet Muzik (APM)  . Dua lagi nama pengacara dari Singapura dan Indonesia hanya akan dimaklumkan pada sidang media ketiga yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia dalam sedikit masa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan