Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Remy Ishak - Google Blog Search

Remy Ishak - Google Blog Search


Itu Peminat Fanatik Saya – <b>Remy Ishak</b> | MyNewsHub

Posted: 15 Nov 2012 07:53 PM PST

KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki, Mohammad Zalimei Ishak atau lebih dikenali sebagai Remy Ishak menegaskan dirinya sekarang ini masih lagi solo dan tidak mempunyai pengganti selepas hubungan cintanya dengan aktres, Tizz Zaqyah terputus.

Gosip yang mengatakan Remy sudah pun mempunyai kekasih hati timbul apabila sekeping gambar dia berpelukan dengan seorang wanita tersebar meluas di ruang internet.

Gambar itu jelas menunjukkan Remy langsung tidak berasa kekok apabila bergandingan dengan wanita itu secara mesra.

Namun, jejak yang popular itu menafikan sekeras-kerasnya dia sudah bercinta semula dan beranggapan wanita yang bersamanya dalam gambar tersebut adalah peminat fanatiknya.

Itu Peminat Fanatik Saya – Remy Ishak

"Saya harap, tidak ada pihak yang akan menimbulkan spekulasi menerusi sekeping gambar biasa.

"Wanita itu mungkin peminat atau rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo," kata Remy yang dipetik dari laporan mStar Online, semalam.

Lumrah menjadi seorang artis di negara Malaysia, Remy mengerti dirinya adalah milik masyarakat.

Justeru, setiap perkara yang berlaku atau berkaitan dalam hidupnya pasti akan dicanang dengan meluas untuk tatapan umum.

Pun begitu, Remy masih mempunyai pendirian untuk tidak terlalu memberikan kenyataan mengenai kehidupan peribadinya.

Dia ketika ini mahu lebih fokus dalam kerjaya seninya daripada menekankan soal peribadi yang mampu memusnahkan kerjayanya di masa akan datang.

"Sekarang ini memang saya tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan.

"Ini kerana walaupun kita memberikan penjelasan yang jujur, terdapat pelbagai persepsi yang akan timbul daripada ungkapan yang dikatakan itu," katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Gambar: <b>Remy Ishak</b> Dan Kekasih Baru? | ROTIKAYA

Posted: 15 Nov 2012 03:35 PM PST

Kalau sudah bergerak solo, memang setiap gerak geri menjadi perhatian para peminat — lebih lebih lagi jika timbul gambar meragukan sebegini. Nama pun selebriti 'kan?

Menerusi mStar Online, seorang peminat mengirimkan sekeping gambar Remy Ishak bersama seorang wanita yang tidak dapat di'kenalpasti identiti sebenar beliau.

Namun Remy Ishak pantas menafikan wanita itu sebagai kekasih beliau sebaliknya menganggap beliau mungkin peminat fanatik yang sekadar bergambar bersama.

"Wanita itu mungkin peminat atau rakan saya dan dia bukanlah kekasih sekiranya ada yang mengandaikannya begitu, kerana saya masih lagi solo," ujar Remy Ishak baru baru ini.

Remy Ishak sebelum ini juga pernah di'kaitkan dengan Maya Karin selepas sah berpisah dengan Tiz Zaqyah tetapi beliau menegaskan yang dirinya sehingga hari ini masih solo.

"Sekarang ini memang saya tidak mahu bercerita mengenai hal peribadi dan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan," tambah Remy Ishak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan