Lisa Surihani - Google Blog Search |
Tupai - Ada Hiburan, Ada Stail!: <b>Lisa Surihani</b> jadi duta Freshlook Posted: 02 Nov 2012 01:32 AM PDT Pelakon jelita Lisa Surihani baru-baru ini telah menjadi duta rasmi bagi jenama kanta lekap terkenal, Freshlook. "Saya sebelum ini tidak pernah menggunakan kanta lekap yang bewarna, setelah mencuba jenama ini saya jadi sangat selesa dan boleh memakai kanta lekap yang bewarna. "Kanta lekap yang menjadi kegemaran setiap kali Lisa keluar adalah yang bewarna biru." Ujar pelakon yang juga isteri kepada Yusry Abd. Halim ini, dia mula memakai kanta lekap sejak berusia 9 tahun lagi dan ini adalah pertama kali dia memakai kanta lekap yang bewarna. Lisa Surihani yang popular dengan filem "Lagenda Budak Setan" dan juga "I'm Not Single" ini turut menambah, suaminya turut menyukai Lisa memakai kanta lekap bewarna biru kerana tampak semulajadi dan kena dengan wajah Lisa. "Mungkin ini dinamakan rezeki orang berkahwin, Lisa berasa teruja apabila dipilih menjadi duta kanta lekap Freshlook." Dalam perkembangan lain, Lisa bakal menemui penonton dengan filem terbaru lakonannya berjudul "Istanbul Aku Datang", memegang watak Dian gadis ceria yang pergi ke Istanbul semata-mata mahu berkahwin dengan kekasihnya Izad lakonan romantik dari Tomok. Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Aizat Amdan dan juga Beto Kusyairy. Filem "Istanbul Aku Datang" bakal menemui penonton pada 8 November ini. |
You are subscribed to email updates from Lisa Surihani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan