Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


Shila Amzah Enggan Komen Tentang <b>Sharnaaz Ahmad</b> - Gua.com.my

Posted: 05 Nov 2012 08:00 AM PST

Pasti ramai terkejut apabila mendapat tahu tentang gosip terbaru yang dikaikan dengan Sharnaaz Ahmad. Pelakon dan teman lelaki kepada Shila Amzah ini dikatakan telah mengasari seorang krew produksi serta bertindak meninggalkan lokasi penggambaran filem 'Darah Panas'.

Dalam satu kenyataan kepada sebuah blog hiburan, penerbit filem itu, S. Baldev memberitahu dia telah memfailkan dan menyerahkan surat saman melalui peguam kepada Sharnaaz Ahmad selepas pelakon itu tidak hadir ke lokasi penggambaran bermula 5 Oktober lalu.

Bagaimanapun, akhbar Kosmo melaporkan Sharnaaz Ahmad mendakwa kenyataan produser filem S. Baldev itu hanya satu fitnah  dan dia enggan mengulas lanjut. Malah, Sharnaaz juga memaklumkan sehingga kini belum menerima apa apa surat saman daripada pihak penerbit itu.

Sementara itu, Shila Amzah enggan mengulas lanjut tentang dakwaan yang mengatakan Sharnaaz sebenarnya telah berjumpa dengannya di Kuantan, Pahang, bukan pulang ke kampung melawat bapanya yang sakit di Pulau Pinang pada 6 Oktober lalu.

"Saya minta maaf sebab tidak boleh komen tentang perkara ini. Saya bimbang kalau berikan sebarang komen, ada pihak yang cuba memanipulasi apa yang saya cakap. Kalau boleh saya tidak mahu campur urusan kerja Sharnaaz. Saya harap peminat dan pihak media faham dengan situasi ini. Bagaimanapun, saya tidak nafikan yang saya tahu tentang perkara ini. Sharnaaz sentiasa berkongsi cerita dengan saya," ujar Shila ketika dihubungi sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan