Nuffnang

Khamis, 15 November 2012

Shila Amzah - Google Blog Search

Shila Amzah - Google Blog Search


<b>Shila Amzah</b> Tiada Rancangan Untuk Bertunang

Posted: 16 Oct 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 16 OKTOBER 2012: Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah yang kini sibuk berulang-alik ke Shanghai memenuhi undangan nyanyian di sana akan sering berjauhan dengan cinta hatinya, Sharnaaz Ahmad, apatah lagi pelbagai rancangan dan projek telah diatur buat anak kepada ND Lala itu.

Walaupun begitu, baru-baru ini Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad ada berkongsi matlamat perhubungan mereka yang bakal diakhiri dengan ikatan perkahwinan dalam jangkamasa dua tahun, tetapi mereka tidak merancang untuk mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat.

Perkara ini diakui Shila sendiri setelah ditemui pada majlis sambutan penghargaan selepas kemenangannya mengharumkan nama Malaysia di pertandingan Asian Wave 2012, yang telah diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, semalam.

"Buat masa terdekat ini kami belum ada sebarang perancangan untuk bertunang. Dalam masa dua atau tiga tahun ini, kami mahu fokus dan explore dulu bidang dan kerjaya masing-masing.

"Kami berdua pun masih muda dan masih baru dalam bidang yang kami ceburi, jadi lebih elok gunakan masa yang ada ini untuk menguatkan lagi nama sebagai persiapan masa akan datang,"jawabnya yang menolak dakwaan bakal bertunang dalam masa terdekat.

Jika sebelum ini dilihat ada hubungan cinta pasangan selebriti yang berakhir di pertengahan jalan kerana berjauhan dan komitmen yang begitu tinggi, Shila melihat situasi itu dalam konteks berbeza.

Dia merasakan, faktor jarak bukanlah menjadi punca utama sekiranya mereka ditakdirkan berpisah.

"Alhamdulillah, Sharnaaz memahami perkara yang berlaku pada saya setelah menjuarai Asian Wave 2012.

"Kalau mahu kata soal berjauhan dan kerana kepadatan jadual, sekarang pun kami sering berjauhan dan sibuk.

"Sekarang Sharnaaz sering ke luar Kuala Lumpur dan begitu juga saya.

"Lagipun pula Shanghai dan Kuala Lumpur dibawah satu zon masa yang sama dan waktu yang tidak berbeza, jadi tiada isu mengenai perbezaan masa.

"Zaman sekarang mudah, tidak seperti zaman dahulu di mana sukar untuk berhubung kesana kemari.

"Seperti yang saya cakap tadi, saya dan Sharnaaz melihat ini dari sudut yang positif dan percaya antara satu sama lain,"jelasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan