Nuffnang

Rabu, 14 November 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Antagonis Pun Biarlah Berpada-Pada - <b>Izreen Azminda</b> - Gua.com.my

Posted: 21 Oct 2012 06:37 PM PDT

"Selepas ini karakter atau watak saya akan pilih yang sesuai dengan status saya sebagai seorang isteri. Bukan apa sebelum ini saya banyak sangat berlakon dalam watak antagonis, dan biarlah berpada-pada selepas ini. Selain itu juga, 'scene' seperti berpegangan tangan atau berpelukan dengan pelakon lelaki, kalau boleh juga saya hadkan. Tetapi saya cukup bertuah kerana suami saya faham dengan karier saya,"ujarnya pada kami.

Untuk drama bersiri 'Julia' Izreen memegang watak sebagai 'Sofia'  dan dia tidak menjangkakan bahawa mendapat sambutan yang positif terhadap lakonannya.

"Alhamdulillah saya tidak menyangka untuk mendapat maklumbalas yang positif kerana maklumlah ketika itu, saya baru sahaja  berkahwin dan macam-macam perkara yang saya fikirkan. Sebenarnya saya tidak 'all out' dengan karektor 'Sofia' tetapi bila dilihat balik ianya menjadi,"ujarnya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru Izreen, beliau akan ke Sydney untuk penggambaran drama 30 episod berjudul 'Sehangat Asmara' yang akan ditayangkan di Astro Mustika HD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan