Saiful Apek - Google Blog Search |
<b>Saiful Apek</b> Jadi Mak Nyah? Posted: 17 Oct 2012 07:57 PM PDT Akibat Kekurangan pelawak wanita di negara ini membuatkan pihak produksi yang menerbitkan rancangan berbentuk komedi terpaksa mengambil khidmat pelawak yang sama setiap kali memerlukan golongan mak nyah dalam sesebuah rancangan. Pengurus saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, keadaan tersebut juga membuatkan khidmat pelawak lelaki diperlukan dalam membawa watak wanita dengan berkehendakkan mereka tampil sedemikian. "Jika sesiapa sedar, industri hiburan kita hanya mempunyai pelawak wanita yang sangat sedikit. Boleh dikira dengan jari. Perkara tersebut telah membuatkan pihak produksi sukar bagi mencari pelakon wanita yang boleh berlawak. Sebab itulah kebanyakan rancangan komedi di negara ini mempunyai watak 'mak nyah' sedangkan ia adalah lakonan oleh seorang lelaki yang menggalas watak wanita," Tambah Bob, keadaan itu juga telah membuatkan pihaknya akan mencari semula pelawak wanita yang berbakat menerusi uji bakat dalam program Raja Lawak yang pernah diadakan sebelum ini. "Pihak kami akan mencari pelawak wanita yang berpotensi bagi menjadi pelawak yang bagus. Mungkin tidak ramai yang bagus, tapi sekurang-kurangnya bakat mereka boleh diasah" Dalam pada itu, Elak-Elak merupakan sebuah rancangan komedi yang berkonsepkan keagamaan di mana setiap pengakhiran persembahan lawak yang dibuat akan dirungkaikan melalui mesej-mesej pedoman oleh Datuk Hassan Mahmud Al Hafiz. Rancangan itu bakal dibarisi oleh pelakon Saiful Apek serta bekas peserta Raja Lawak iaitu Jihan, Arin dan Rahim. Ia bersiaran pada setiap Khamis bermula 20 Disember depan, pada jam 10 malam. Siaran sebanyak 13 episod itu bakal menggunakan judul "Elak" antaranya Elak Alim Kucing, Elak Fitnah, Elak Bohong, Elak Gosip, Elak Riak, Elak Derhaka, Elak Syirik serta Elak Khalwat. Selebriti lain yang turut terlibat adalah Joey, Yasin, Aznil Nawawi, Tauke (Raja Lawak), Angah, Nabil dan Achong bagi menjayakan rancangan itu. |
TepakBersulam 2: <b>SAIFUL APEK</b> MAHU BAGI TAHU DUNIA DIA <b>...</b> Posted: 05 Nov 2012 01:30 PM PST Semalam aku tonton rancangan Dato' Haji Fadilah Kamsah di Astro yang membicarakan isu anak angkat di mana Saiful Apek adalah tetamu undangan yang mana beliau adalah seorang artis , pelawak yang dikenali di Malaysia dan adalah anak angkat kepada satu keluarga yang tidak mempunyai anak, Saiful yang mengatakan bahawa beliau hanya tahu bahawa beliau adalah anak angkat setelah ibu angkat nya meninggal dunia ketika beliau mahu mencium ibu angkatnya dan ada suara mengatakan bahawa beliau bukan muhrim dan tidak boleh mencium ibu angkatnya kerana Akan membatalkan air sembahyang. Apabila ditanya oleh ustaz Fadilah Kamsah, Saiful Apek mengatakan bahawa dia hanya mengetahui bahawa dai adalah anak angkat ketika ibu angkatnya meninggal dunia. Bila ditanya pula oleh penonton apakah ibu kandungnya pernah mencari beliau sebelum ini dia mengatakan bahawa ibu kandung nya penah datang sekali dan dia yang menjawab salam dan berlakulah pertengkaran antara ibu angkatnya dan ibu kandungnya dan ibu kandungnya terpaksa melepaskannya buat kali kedua. Bermakna di sini apek pernah mengetahui bahawa dia ank angkat sebelum ini. Persoalan yang mahu TB sampaikan di sini bukannya apa, Dari apa yang TB lihat semalam adalah Apek tidak langsung mempersembahkan bahawa ibu angkatnya yang membelanya selama 21 tahun itu sebagai ibunya walaupun dia dibesarkan selama 21 tahun oleh ibu itu dan setiap kali bercakap dia masih memanggil ibu angkat dan ayah angkat sedangkan dunia akhirat mereka ini membela beliau dari kecil sehingga dewasa sebagai anak sendiri. Apek mungkin lupa siapa yang menyuap makanan kemulutnya dan siapa yang menjaga waktu dia demam dan Apek mungkin lupa siapakah yang mencucinya ketika dia baung air besar dan siapakh yang memandikannya setiap hari dan siapakah yang tidur dengan nya ketika dia memerlukan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Apakah apek perlu menghebahnya kepada seluruh dunia bahawa beliau adalah anak angkat , Besar sangat kah dosa ibunya sehingga apek perlu memberitahu seluruh dunia " Hei dunia itu bukan ibu aku , itu ibu angkat aku." Bangga sunguh apek memberi tahu dunia bahawa ibu yang menjaganya selama 21 tahun itu bukan ibunya. TB turut sedih dengan perbuatan apek itu dan sedih untuk arwah ibu angkatnya. Saiful seolah olah bangga denga n ibu kandungnya dan seolah olah kesal menjadi anak angkat dan sanggup bercerita tentang ayah angkat nya yang hanya meninggalkan sebuah beg buat beliau. Tentu jika ayah angkatnya masih hidup akan merasa kecil hati kerana 21 tahun membela beliau dan jika ibu angkat bekliau masih hiduop tentu merasa sedih keranma saiful asyik mengulangi perkataan ibu angkat. TB sudah dua kali mendengar Apek tidak "appreciate" jasa ibu angkatnya ini di TV, Maaflah kalau apek mahu terasa jika membaca tulisan ini tapi inilah hakikatnya yang TB rasakan dan harap di waktu yang lain Apek boleh menghargai jasa keluarga angkat yang sepatutnya tiada lagi istilah angkat. |
You are subscribed to email updates from Saiful Apek - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan