Nuffnang

Rabu, 14 November 2012

Hazama af - Google Blog Search

Hazama af - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2011 12:00 AM PDT


<b>Hazama AF</b> juara AF9

Posted: 12 Jun 2011 06:00 PM PDT

cik izyan | 6/13/2011 | 0 Komen

Hazama AF dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir yang berlangsung di Dataran Putrajaya, malam Ahad. Dengan kemenangan itu, Hazama membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro.

Dia turut menerima sebuah kamera Sony Handycam bernilai RM 3,299 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Power Root. Pelajar kelahiran Perak ini telah diundi masuk pada konsert AF9 minggu ketiga, selepas pelajar Aida dan Amir digugurkan dalam program itu. Hazama telah membawakan dua buah lagu iaitu Pukau, nyanyian Tomok dan Cinta Teragung.

Sementara itu, Lena (Lenaber Haidir), 22, yang menjadi naib juara AF8 menerima wang tunai berjumlah RM50,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Dia turut membawa pulang sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM2,000 sumbangan Power Root. Lena mendendangkan lagu Dunia, nyanyian Bunkface dan lagu baru, Sisa Kisah Kita, ciptaan Kucidemak.

Sebagai pemenang tempat ketiga, Fina atau nama sebenarnya ialah Nur Shafinaz Jebat, 18, menerima wang sebanyak RM20,000 beserta sebuah piala sumbangan Astro. Selain itu, Fina menerima sebuah kamera Sony Cybershot bernilai RM1,499 sumbangan Sony serta hamper dan wang tunai sebanyak RM1,000 sumbangan Power Root. Fina membawakan lagu barunya, Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim dan Satu Harapan , nyanyian Jaclyn Victor. -mStar

Tag: , , ,

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Nov 2012 03:04 AM PST


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Hazama af</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2012 03:21 AM PST


<b>Hazama AF</b> Beralih Angin Untuk Berlakon - OH SYIOK MEDIA

Posted: 02 Jun 2012 12:59 AM PDT

Artis Popular yang semakin meningkat naik popularitinya dengan lagu SIMETRI yang memang gempak kini dikatakan ingin mencuba nasib dalam bidang lakonan?

Hazama, 28 mencuba bakat lakonanya dalam filem 'Cinta Atas Tar' yang diarahkan pengarah Ahmad Idham. Bagi Hazama selepas enam tahun bergelar penyanyi sudah tiba masa untuk dia mencuba sesuatu yang baru.

"Dah alang-alang saya berada dalam bidang seni, apa salahnya kalau saya kembangkan bakat dalam lakonan mahupun tarian. Lagipun ia merupakan satu proses pembelajaran sebagai seorang anak seni.

 Dan pada masa sama, saya boleh melihat sejauh manakah kemampuan bakat yang boleh ditonjolkan. Bagaimanapun, tak sangka Idham berani mengambil saya sebagai pelakonnya dalam 'Cinta Atas Tar'."

Hazama yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini, gementar juga untuk berlakon. Risau katanya jika watak dibawa gagal memikat hati penonton.

"Jujur saya katakan, walaupun menerima tawaran Idham dengan hati terbuka, jauh di sudut hati, saya risau dengan persembahan lakonan yang diberikan, adakah ia mencapai tahap keinginan penonton atau tidak."

Hazama menganggap lakonan dan nyanyian ternyata sebuah bidang yang agak jauh berbeza di mana lakonan memerlukan kita menghabiskan masa menunggu yang agak lama.

"Walaupun banyak masa dihabiskan dengan menunggu, banyak juga ilmu yang saya peroleh daripada para pelakon serta kru-kru di belakang tabir. Saya mahu menjadi seorang pelakon profesional dan tidak kisah diberikan apa saja watak asalkan ia dapat mengasah bakat lakonannya."

Mengenai perkembangan nyanyian pula, single lagu terbaru Hazama berjudul Majnun , berkonsepkan balada, kini sudah pun dimainkan di radio dan mendapat sambutan yang bagus daripada para pendengar.

Beritahu Hazama, buat masa ini, dia akan mencuba pelbagai genre muzik bagi melihat sejauh mana kemampuannya bagi sesebuah genre muzik itu.

"Sekarang ini, saya masih lagi tercari-cari muzik yang benar selesa dengan jiwa saya. Namun, melihatkan respons daripada peminat, mereka sukakan Majnun dan mungkin balada ada muzik 'cari makan' saya."

Filem 'Cinta Atas Tar' telah pun selesai penggambarannya pada Mac lalu yang turun dilakonkan oleh Intan Ladyana, Taiyuddin Bakar, Shenthy Feliziana dan Azad Jazmin.

Zack: ALL THE BEST HAZAMA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan