Nuffnang

Rabu, 14 November 2012

Rita Rudaini - Google Blog Search

Rita Rudaini - Google Blog Search


<b>Rita Rudaini</b> menang kes batal nusyuz - Tupai

Posted: 08 Nov 2012 10:00 PM PST

Aktres popular Rita Rudaini Mokhtar telah memenangi kes permohonannya membantah perintah kembali taat (nusyuz) yang difailkan oleh suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Dipetik daripada sebuah portal hiburan tempatan, Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membuat keputusan sedemikian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, sekaligus membatalkan kes permohonan tersebut.

Malah Aidil yang juga pemain bola sepak kebangsaan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selaku plaintif diperintahkan membiayai segala kos mahkamah.

Keputusan tersebut dibuat selepas Aidil, 25, gagal menyatakan alamat pemastautin yang tepat di dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

"Selepas meneliti permohonan plaintif, didapati pihaknya meletakkan alamat tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).

"Jadi pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan baru-baru ini.

Hakim turut memaklumkan bahawa peguambela Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif pada 30 Oktober lalu.

Aidil juga gagal menghadirkan diri ke mahkamah tanpa mengemukakan sebarang alasan atau wakil, walaupun sudah diberi peringatan ketika sebutan kes pada 3 Oktober lepas.

Sementara itu aktres berusia 35 tahun itu meluahkan rasa syukur apabilan bantahan awal yang difailkannya telah diluluskan oleh mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

Dalam pada itu, Rita yang ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya, Datuk Mohd Zaidi Zain meluahkan rasa syukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini, ini bermakna saya sudah mula berjuang dan tidak boleh menoleh ke belakang.

"Selepas ini peguam saya akan menyelesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," jelasnya.

Rita dan Aidil telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki sehingga menyebabkan perkahwinan tersebut bermasalah.

Mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan