Nuffnang

Selasa, 6 November 2012

Izreen Azminda - Google Blog Search

Izreen Azminda - Google Blog Search


Rezeki Semakin Bertambah Lepas Berkahwin - <b>Izreen Azminda</b>

Posted: 23 Oct 2012 09:00 AM PDT

Bertemu pelakon bersiri 'Julia' Izreen Azminda, ketika sesi Jelajah Anugerah Skrin, yang bertempat di e@Curve, baru-baru ini sempat GUA bertanyakan mengenai kehidupannya selepas berumah tangga.

"Alhamdulillah, rezeki makin bertambah ada juga saya mendapat beberapa tawaran berlakon dan nampaknya rezeki semakin ada," katanya.

Izreen juga menyatakan perbezaan dirinya, selepas bergelar seorang isteri,

"Sebelum ini, saya boleh buat apa yang saya suka, maksudnya saya tidak terikat, kerana saya masih belum bersuami, dan sekarang memandangkan saya sudah berumah tangga banyak benda yang perlu saya kawal dan belajar. Sebelum ini saya agak kasar dan bukanlah yang jenis 'gegurl' dan sekarang harus lebih bersifat positif,"ujarnya sambil berseloroh.

Izreen juga tidak menolak sekiranya dia, dan suaminya dikurniakan cahaya mata dalam waktu terdekat ini.

"Sekiranya saya dikurniakan cahaya mata dalam waktu yang terdekat ini, saya tidak menolak, dan Alhamdulillah saya katakan kerana setiap perkahwinan sememangnya mengimpikan dikurniakan cahaya mata. Saya dan suami tiada perancangan apa-apa, hanya tunggu dan InsyaAllah kalau ada rezeki adalah,"ujarnya mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan