Nuffnang

Selasa, 6 November 2012

Saiful Apek - Google Blog Search

Saiful Apek - Google Blog Search


<b>Saiful Apek</b> Bebas Dari Tuduhan Ganja | Berita Hiburan & Gosip <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2012 02:03 AM PDT

Siapa tak kenal dengan Apek yang terkenal dengan lawaknya yang gitu-gitu. Bukan sahaja berbakat sebagai penyanyi malah setiap lawak yang dilakonkan memang kena pada jiwa peminatnya.

Namun semasa namanya popular, nasib malang menimpa Saiful Apek dan tiga rakannya apabila mereka menghadapi tuduhan memasukkan dadah ganja ke dalam badan, dua tahun lalu. Mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda.

Saiful Apek dan tiga rakannya dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya dekat sini, jam 11 malam, 12 Jun 2010. Keempat-empat mereka sebelum ini pernah mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Selain Apek, Shah Zainatull yang merupakan pengurus Gitu-Gitu Production Sdn Bhd, Shaiful Baharom dan Noremy yang merupakan pekerja sambilan kru produksi syarikat milik Apek itu turut dituduh di atas kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun, hari ini Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah mengambil keputusan untuk membebaskan mereka. Menerusi laporan Berita Harian, Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes 'prima facie' terhadap Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29.

Oleh itu selesailah sudah kes yang melerat sekian lama ini. Kepada yang terlibat, ambillah ini sebagai pengajaran.

OHARTIS: DIBEBASKAN DARI TUDUHAN, MAKNANYA NAMA APEK BERSIH KEMBALI. AMBIL INI SEBAGAI SATU HIKMAH.

Dadah - Adakah <b>Saiful Apek</b> Bakal Dipenjara Atau Didenda RM5 <b>...</b>

Posted: 15 Feb 2012 12:08 AM PST

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang kes Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 42 tahun dengan kes tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka. Serbuan ke atas mereka telah dilakukan di kondominium Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010. Ketika itu, Saiful Apek bukan berseorangan tetapi bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, Noremy Mohamad, 28. Walaubagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Namun begitu, semalam sorang anggota polis telah memberitahu Mahkamah Majistret bahawa ujian saringan awal air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain didapati positif dadah.

"Hasil keputusan ujian air kencing itu didapati kesemua tertuduh positif dadah," kata saksi kedua pendakwaan ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.

Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000.

Ingatlah jangan sesekali menyalahguna dadah. Macam Saiful Apek, seorang pelakon komedi sangat berbakat turut terjebak. Apapun ada hikmahnya, Saiful Apek dapat diselamatkan lebih awal sebelum terlambat (maut kerana dadah).

OH ARTIS : DADAH MUSUH DIRI SENDIRI, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan