Nuffnang

Selasa, 6 November 2012

Lisdawati - Google Blog Search

Lisdawati - Google Blog Search


Saman fitnah: Nadia diarah bayar <b>Lisdawati</b> – Perak Today

Posted: 31 Oct 2011 05:07 PM PDT

Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini memerintahkan pelakon Nadia Mustafar membayar ganti rugi RM50,000 kepada pelakon Lisdawati selepas mendapati Nadia memberi wawancara berunsur fitnah, enam tahun lalu.

Hakim Yong Zarida Sazali turut memerintahkan supaya Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, membayar faedah sebanyak empat peratus bermula dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian kes dan kos mengikut skala.

Lisdawati, 33, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin menyaman Nadia, 35, kerana mendakwa pelakon filem Zombie Kampung Pisang itu telah memberi wawancara berunsur fitnah terhadapnya dalam artikel yang ditulis oleh wartawan majalah Media Hiburan, Hanif Abdul Ghani.

Hanif telah meninggal dunia akibat penyakit tibi pada 18 Julai 2009 di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel yang bertajuk Hutang – Nadia Mustafar serang Lisdawati? disiarkan oleh majalah mingguan berkenaan bertarikh 8-14 Januari 2005.

Dalam tuntutannya itu, Lisdawati memohon ganti rugi sebanyak RM250,000 serta faedah lapan peratus dan kos-kos lain ekoran penyiaran wawancara tersebut yang didakwa telah menyebabkan imej dan 'periuk nasi' aktres itu terjejas.

Kedua-dua pelakon itu tidak hadir ketika keputusan dibacakan namun mereka diwakili peguam masing-masing.

Lisdawati sebagai plaintif diwakili oleh peguam Sangeet Kaur Deo, manakala Nadia selaku defendan pula diwakili oleh peguam-peguam, Siti Noor Julaini Shahar dan Mohd. Lustfi Yaakub.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan