awi rafael - Google Blog Search |
<b>Awi Rafael</b> Syukur Dicalonkan Di APM 2012 - Gua.com.my Posted: 27 Nov 2012 08:00 AM PST Dalam pada masa yang sama Awi Rafael telah dicalonkan dalam 4 kategori untuk Anugerah Planet Muzik 2012 yang bakal berlangsung pada 15 Disember 2012 di The Max Pavilion, Singapura. Antaranya adalah Vokal Terbaik Dalam Lagu, Artis Baru Lelaki, Lagu Terbaik Singapura, Artis Singapura Paling Popular, dan Lagu Singapura Paling Popular. "Alhamdulillah saya bersyukur sekali kerana telah dicalonkan dalam 4 kategori di Anugerah Planet Muzik 2012 ini. Nampaknya pengorbanan saya dihargai dalam industri hiburan ini. Mereka Nampak karya-karya yang dihasilkan oleh saya dan Alhamdulillah terbukti dengan 4 pencalonan ini,"ujarnya ketika ditemui baru-baru ini. Ditanya juga mengenai popularitinya yang kian meningkat di Malaysia dan ini jawabnya: "Mungkin ini rezeki Awi di sini dan perancangan pengurusan yang teratur oleh pihak Warner Music Malaysia, pihak-pihak syarikat yang banyak membantu untuk mempromosikan Awi dan semualah yang terlibat dalam usaha untuk membantu membina kerjaya Awi di Malaysia,"katanya pada GUA. Mengenai albumnya yang terbaru mempunyai 9 lagu dan kebanyakannya dihasilkan sepenuhnya oleh Awi sendiri bersama Dymas. Untuk albumnya kali ini Awi banyak bekerja keras dalam menghasilkan yang terbaik buat peminatnya. Bersempena dengan lagu terbarunya, Awi juga turut menghasilkan klip videonya sendiri bersama Helmie Ezfar. Di bawah produksi PaintInMotion penggambaran ini telah melibatkan beberapa lokasi sekitar Golden Palm Tree, Goldcoast Sepang. Hanez Suraya pula merupakan artis undangan yang dijemput khas selaku pasangan Awi Rafael dalam klip video ini. Selain itu, gosip mengenai kekasihnya baru-baru ini yang didakwa bersikap sombong dengan artis senior dan ini komennya: "Bagi saya benda itu salah faham dan saya dengan artis itu sendiri pun tiada masalah dan semuanya sudah terjawab ini adalah salah faham sahaja,"ujarnya mengenai kekasihnya itu. Ditanya juga mengenai bilakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya dan ini jawabnya: "InsyaAllah doakan yang terbaik buat saya dan apabila berbicara mengenai soal perkahwinan ianya bukan senang dan kahwin ini banyak perlu saya 'invest' dan perlu stabil. Hubungan saya dan Hanez makin rapat dan saya sayang dia,"ujar Awi pada GUA. Awi Rafael juga akan mengadakan mini 'showcase' dan juga Road Tour bersama dengan APM di jelajah lokasi di Jakarta. |
You are subscribed to email updates from awi rafael - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan