Nuffnang

Sabtu, 1 Disember 2012

Raja Farah - Google Blog Search

Raja Farah - Google Blog Search


<b>Raja Farah</b> Bakal Buat Suatu Kejutan Hujung Tahun Ini!

Posted: 10 Oct 2012 06:00 PM PDT

berita | Tempatan

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 10 OKT 2012: Pelakon Raja Farah menafikan dirinya sedang merajuk serta sudah pun bersara dari dunia lakonan. Sebaliknya, pelakon filem Aku Masih Dara ini mengakui bakal membuat satu kejutan besar pada hujung tahun 2012.

"Sekarang saya tengah sibuk fokus dengan perniagaan saya. Saya pun sudah tidak ada lagi melibatkan diri dengan mana-mana aktiviti hiburan apatah lagi penggambaran drama mahu pun filem. Saya masih belum bersara tetapi saya hanya kurangkan aktiviti seni saja.

"Atas nasihat suami, saya pun mahu fokus seratus peratus dalam dunia perniagaan. Tentang anak, kami masih belum lagi menerima sebarang tanda untuk memiliki cahayamata. Jadi, sekarang ini, kami sedang menjalani rawatan. Kami akan cuba buat apa yang termampu dan berdoa saja. Saya pohon agar semua mendoakan kami semoga menerima cahaya mata," katanya kepada murai.com.my.

Dia turut memberitahu bahawa drama terakhir yang dibintangi adalah Anak Sungai Tengi yang mengisahkan tentang cerita anak felda. Drama ini disiarkan di TV Al-Hijrah pada Ramadan lalu.

Mengulas mengenai kejutan yang dimaksudkan itu, Farah berkata, dia masih merahsiakan tentang hal itu serta mahu peminatnya setia menunggu.

"Saya ada merancang sesuatu. Namun, saya masih belum boleh berkongsi lagi perancangan tersebut. Insya-Allah, saya akan tampil dengan imej yang baru. Ia berikutan ramai peminat saya yang tidak suka dan hampa dengan imej saya sekarang ini.

"Saya bukan bermaksud imej bertudung tetapi penampilan saya yang semakin gemuk. Saya mengaku, sekarang ini saya makin kuat makan. Sekarang ini, saya ada mengupah seorang pakar nutrisi untuk menjaga makan minum saya sepanjang hari.

"Saya dalam proses menurunkan berat badan. Apapun, saya gembira dan lega kerana sudah kurang ditimpa kontroversi seperti mana sebelum saya berkahwin. Saya merasa lebih tenang dan sudah tidak sabar untuk aktif semula. Sekali lagi saya nak tekankan saya tidak dikongkong suami. Saya sendiri yang mahu mengurangkan aktiviti seni saya," jelasnya.

Farah turut berkongsi pengalamannya berlakon iklan TV Vanilla Coke sekitar 2007 sewaktu mula-mula melibatkan diri dalam bidang lakonan. Jelas Farah, iklan tersebut turut melibatkan pelakon Tiz Zaqyah. Bagaimanapun, waktu itu, Tiz Zaqyah masih lagi baru.

"Jika tidak silap saya, talent yang memakai tudung bersama saya itu adalah Tiz Zaqyah. Sebabnya, masa saya mengenalinya, saya dapat tahu nama dia adalah Tiz. Saya pun dapat tahu itu dia selepas Tiz menjadi popular.

"Setakat ini, saya masih belum berjumpa atau pun menghubungi Tiz. Sewaktu penggambaran iklan itu, saya tidak boleh lupa apabila talent lelaki dan perempuan tidak dibenarkan langsung bersua muka sebelum bermula penggambaran.

"Saya rasa itu bagus kerana pengarah mahu kami semua rasa terkejut dan ianya bersesuaian dengan tema iklan. Pada mulanya, saya kurang setuju tetapi apabila difikirkan semula ianya memang logik supaya lakonan terkejut kami tidak nampak dirancang," jelasnya.

Teruja bercerita pengalaman berlakon iklan itu pada lima tahun yang lepas, Farah berkata, pada awalnya dia tertanya-tanya apakah model lelaki yang berlakon bersamanya itu adalah seorang lelaki yang betul-betul disifatkan sebagai lelaki idaman Malaysia atau sebaliknya.

"Saya tidak bermaksud mengatakan model itu tidak kacak. Dia juga seorang lelaki kacak. Malah, dia memang sesuai dengan watak yang dibawakannya itu. Cuma apabila kami dilarang berjumpa itu membuatkan saya terfikir adakah dia benar-benar lelaki yang menjadi kegilaan ramai. Apapun, saya tidak pernah berhubungan dengan mana-mana model lelaki atau pun perempuan selepas tamat penggambaran.

"Kami hanya berkawan dan berkenalan semasa shooting saja. Jika diberi peluang, saya ingin berjumpa dengan mereka semua dan menjemput dia ke kedai saya. Saya sendiri tidak ingat nama model lelaki itu dan tidak tahu adakah lelaki itu masih melibatkan diri dalam bidang modelling lagi atau tidak," ujarnya.

Apapun, portal murai.com.my difahamkan model yang menjadi hero dalam iklan tersebut bernama Shawn Liam. Selepas melibatkan diri dalam iklan tersebut, Shawn terus menyambung pengajian di Australia. Kini, dia bekerja sebagai pereka grafik dan rindu untuk kembali ke layar komersil seandainya diberi peluang.

Tiada ulasan:

Catat Komen