Nuffnang

Sabtu, 1 Disember 2012

tomok - Google Blog Search

tomok - Google Blog Search


BERITA ARTIS - Kenapa <b>Tomok</b> Botakkan Kepala? - Gua.com.my

Posted: 13 Nov 2012 10:01 AM PST

Penampilan Tomok pada Muzik-Muzik Separuh Akhir baru-baru ini pasti membuatkan ramai peminat penyanyi ini tertanya-tanya mengapa dia membotakkan kepala bukan? Adakah Tomok ada membuat nazar atau terlibat dengan projek terbaru yang memerlukan dia berpenampilan sebegitu?

Jelas juara One In A Million musim kedua ini, dia membotakkan kepala bukan kerana ada sebab tertentu, sebaliknya hanya mahu tampil berbeza.

"Saya botakkan kepala bukan sebab apa-apa pun. Saja hendak tampil lain sedikit. Bukan sebab hendak buat persembahan pada malam ini (Muzik-Muzik Separuh Akhir). Jauh sekali hendak mencuri perhatian sesiapa," jelas Tomok yang membotakkan kepalanya pada Sabtu lalu.

Sementara itu, penyanyi kepada 'Aku Datang' ini menafikan dia berasa terkilan apabila lagu ciptaannya itu tidak diumumkan sebagai salah satu lagu yang mendapat markah tertinggi untuk pusingan pertama Muzik-Muzik Separuh Akhir .

"Saya tidak terkilan atau kecewa. Sebaliknya saya berpuas hati dan gembira kerana dapat buat yang terbaik untuk peminat yang memberi sokongan.  Keputusan juri profesional saya tidak mahu pertikaikan. Anggap sahaja tahun ini saya tidak ada rezeki untuk melangkah ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Tahun depan dan tahun-tahun berikutnya saya masih boleh mencuba. Saya tidak akan berputus asa hanya kerana gagal pada tahun ini," ulas Tomok.

Dalam masa yang sama, penyanyi ini juga mengakui kesemua lagu yang berentap dengannya pada Ahad lalu mempunyai kekuatan tersendiri, terutama yang berada di tangga enam teratas.

'Aku Datang' merupakan lagu yang menjadi runut bunyi untuk filem 'Istanbul Aku Datang' yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Tomok turut membintangi filem arahan Bernard Chauly ini disamping Lisa Surihani dan Beto Kusyairy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan