Jue Aziz - Google Blog Search |
- Hubungan Aidil Dan <b>Jue Aziz</b> Semakin Serius? |
- Rita Rudaini Mencabar <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub
- Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Kemuka Bukti |
Hubungan Aidil Dan <b>Jue Aziz</b> Semakin Serius? | Posted: 01 Oct 2012 11:01 PM PDT Terkejut juga Abang Nara membaca artikel yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana taknya, daripada penulisan tersebut, dikatakan hubungan Aidil Zafuan, suami Rita Rudaini dengan Jue Aziz sudah memasuki fasa yang serius. Tahap keseriusannya ialah apabila mereka berdua menggunakan perkataan "sayang" sebagai kata ganti diri. Menurut artikel itu juga, Aidil dikatakan membeli sebuah beg tangan berjenama mewah di pusat membeli belah Pavilion. Beg itu dikatakan sebagai hadiah kepada Jue yang merajuk baru-baru ini. Agak pelik kalau perkara ini benar-benar terjadi kerana Jue sebelum ini mengakui hanya berkawan dengan Aidil. Daripada tulisan di Utusan Malaysia ini juga, khabarnya Aidil telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini sehari dua yang lalu. Ini adalah permohonan cerai kali kedua yang dilakukan selepas Aidil menarik balik permohonan cerai yang pertama. Benar atau tidak, kena nantikan perkembangan kisah ini di mahkamah kelak. Abang Nara cuma berharap agar kalau benar Aidil ada hubungan dengan Jue Aziz seperti yang ditulis dalam Utusan Malaysia ini, biarlah hubungan tersebut dilakukan selepas penceraian. Tak manis kalau bercinta dengan orang lain sedangkan status masih suami orang. Selesaikan apa yang patut dulu dan lepas tue nak buat apa suka hatilah. Tak gitu? Baca Yang Ini Pulak:- |
Rita Rudaini Mencabar <b>Jue Aziz</b> | MyNewsHub Posted: 31 Aug 2012 03:08 AM PDT Rita Rudaini menerusi sebuah akhbar telah mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue Aziz dan suaminya, Aidil Zafuan. Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi akhbar tersebut iaitu : "Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula? "Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat? "Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota," katanya. Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz itu jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. "Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya. Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya. Menurut Rita, dia sendiri mengetahui tentang gosip ini (percintaan Aidil dan Jue) menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. – Sinar Harian Online Iklan Teks:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Kemuka Bukti | Posted: 30 Aug 2012 08:12 PM PDT Selepas gosip Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta dikeluarkan beberapa minggu lalu, Rita Rudaini hari ini tampil menerusi Harian Metro mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue dan suaminya. Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi Harian Metro baru-baru ini:-
Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz di atas dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua. Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut. Kata Rita:-
Untuk makluman, Rita sendiri mengetahui tentang gosip ini menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut. Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. Kata Rita:-
Ada betulnya juga kata-kata Rita Rudaini itu. Mungkin ini adalah salah faham antara mereka berdua. Abang Nara rasa Jue Aziz dan Rita patut bersemuka dan berbincang secara baik-baik mengenai hal ini. Selesaikan secara senyap dan tak perlu berbalas kenyataan di media. Tak gitu? Apa kata anda? Baca Yang Ini Pulak:- |
You are subscribed to email updates from Jue Aziz - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan