Nuffnang

Isnin, 14 Januari 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


<b>Awi Rafael</b> Rai Peminat Di Legoland | OHBULAN!

Posted: 27 Nov 2012 01:45 AM PST

Bermula 22 Oktober hingga 9 November yang lalu, pertandingan 'Menangi Trip Ke Legoland Bersama Awi Rafael' yang dianjurkan oleh pihak Warner Music dengan kerjasama rakan media menyaksikan penyertaan yang amat mengalakkan.

Pemenang bertuah dipilih dan mereka memenangi sepasang tiket lawatan ke LegoLand bersama Awi Rafael dengan hanya menjawab dua soalan mudah berkaitan klip video 'Asalkan Aku Ok!'.

Pada  25 November lalu, impian peminat-peminat bertuah untuk bersama Awi Rafael ke LegoLand akhirnya ditunaikan.

Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam bermula di KL Sentral ke Legoland yang terletak di Nusajaya, Johor ini diisi sepenuhnya dengan layanan secara eksklusif oleh penyanyi bersuara seksi ini khas untuk peminatnya.

Setibanya di Legoland, kelihatan wajah-wajah para pemenang begitu teruja dan tidak sabar untuk melangkah masuk ke dunia Lego yang pastinya menjanjikan seribu kenangan manis bersama artis kesayangan mereka.

Foto:  Awi Rafael dan peminat merancang tempat-tempat yang akan mereka lawati

Menjejak kaki sahaja ke dalam,  Awi Rafael disambut oleh staf Legoland dengan senyuman dan sempat bergambar dengan artis pujaan Malaya ini. Mereka tidak menyangka akan kehadiran Awi bersama peminatnya pada hari berkenaan.

Foto: Staf Legoland sempat bergambar bersama Awi Rafael

Tanpa membuang masa penyanyi tersohor ini membawa peminatnya melakukan aktiviti pertama iaitu TECHNIC Twister. Walaupun tidak bergitu mencabar tetapi itu baru permulaan aktiviti yang diikuti dengan Project  X.

Di sini para peserta begitu teruja dan sanggup beratur panjang bersama Awi Rafael. Setelah mencubanya, ada di antara mereka kelihatan pucat dan serik untuk bermain buat kali kedua. Staf Legoland juga sempat memberikan cenderahati kepada Awi Rafael sebagai tanda sokongan kepadanya.

Foto: Awie Rafael diberi gambar kenangan

Aktiviti tidak terhenti di sini, Awi dan peminat bertuahnya melakukan aktiviti lain seperti gambar berkumpulan sebelum makan tengah hari.

Foto: Di Lego Academy

Foto: Di Lego Kingdoms

 Foto: Di Lego Castle

Foto: Awi Rafael dan peminat bertuah sempat mencuba permain ini, malangnya semua tak berjaya.

Foto: Bergambar sebelum menikmati pizza di Pizza Mania

Foto: Tengok! Betapa laparnya mereka dengan pizza yang memenuhi meja

Foto: Kenyang sahaja perut, Awi dan pemenang bertuah terus melakukan aktiviti air

Foto: Ini akibat tak sediakan payung, kena la duduk dalam mesin pengering ni

Foto: Sekali lagi bergambar bersama-sama sebelum masuk berperang di Lost Kingdom Adventure

Setelah penat bermain di Legoland ini, Awi dan para pemenang bertuah ini bersiar-siar di Mini Land yang menempatkan replika binaan-binaan yang terdiri daripada bangunan mercu tanda pelbagai negara termasuk Malaysia.

Lawatan sehari ke Legoland ini memberi ruang kepada peminat-peminat Awi Rafael beramah mesra dan mengenali dengan lebih dekat lagi personaliti penyanyi 'Asalkan Aku Ok!' ini.

Tags: ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan