Nuffnang

Isnin, 14 Januari 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>INTAN LADYANA</b> AKUI TIDAK RAPAT DENGAN YANA SAMSUDIN <b>...</b>

Posted: 04 Jan 2013 06:00 PM PST

Intan Ladyana Akui Tidak Rapat Dengan Yana Samsudin? | Sebelum ini ada gosip melaporkan ada masalah antara Intan Ladyana dan Yana Samsudin sehinggakan Intan dikatakan sanggup menolak tawaran untuk digandingkan bersama dengan Yana dalam sebuah drama.

Namun dalam laporan murai.com.my, Intan Ladyana menafikan gosip berkenaan. Jelasnya, hubungan dia dengan Yana Samsudin memang tidak pernah rapat dan dia masih lagi mengekalkan hubungan seperti itu sehingga kini.

intan ladyana dan yana samsudin

"Saya terkejut dengar cerita ini sebab hubungan kami memang tiada apa-apa masalah setakat ini. Jadi, bagaimana cerita begini boleh timbul? Memang selepas drama Bini Bini Ku Perkasa saya telah diminta untuk berlakon di bawah drama syarikat produksi lain oleh syarikat produksi naungan saya iaitu Metrowealth (MIG).

Saya tidak tahu pula kalau ada produser yang mahu kami berganding bersama selepas Bini Bini Ku Perkasa. Apa yang saya tahu sekarang ini saya sedang terikat dengan drama bersiri 26 episod berjudul Mencintaimu untuk RTM. Saya rasa tidak wujud apa-apa masalah di antara kami kerana saya dengan Yana bukan tidak mahu menjalinkan hubungan yang baik tetapi memang kami tidak pernah rapat. Malah bukan dengan dia sahaja tetapi dengan artis lain juga begitu kerana saya tiada masa untuk melepak bersama mereka," katanya dalam portal murai.com.my.

CARIAN BERKAITAN

  • minyak dagu yana samsudin (2)
  • intan dan yana gaduh (1)
  • intan ladyana akui (1)
  • populariti yana samsudin (1)
  • senarai filem lakonan farid kamil dan intan ladyana (1)

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan