Nuffnang

Isnin, 14 Januari 2013

Didie Alias - Google Blog Search

Didie Alias - Google Blog Search


Suami <b>Didie Alias</b> terkena gangguan sihir? | Corat Coret Pink Ummi

Posted: 12 Dec 2012 09:53 PM PST

PETALING JAYA: Suami kepada pelakon Didie Alias iaitu Norisham Ismail mengalami penyakit misteri selepas pulang menjalani program Fear Factor Selebriti Malaysia terbitan Astro di Cape Town, Afrika Selatan, baru-baru ini.
Didie berkata, suaminya mengalami masalah pedih hulu hati, sesak nafas dan berpeluh sehingga menyebabkan terpaksa ditahan di hospital beberapa kali untuk pemeriksaan lanjut selepas seminggu pulang dari negara tersebut.
"Risau juga dibuatnya. Dah banyak kali suami keluar masuk wad tetapi doktor hanya mengesahkan dia mungkin mengalami penyakit gastrik yang teruk.
"Keadaan itu dikatakan berpunca daripada cara pemakanannya yang tidak sesuai sepanjang dua minggu berada di Cape Town.
"Berdasarkan apa yang doktor cakap memang ada betulnya sebab dia hilang selera makan apabila berada di sana kerana ketiadaan masakan Melayu," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Bagaimanapun tambah Didie, akibat penyakit yang masih lagi belum pulih itu, suaminya telah pulang ke kampung halamannya di Kampung Nuri, Negeri Sembilan untuk menjalani rawatan perubatan secara tradidional.
"Alhamdulillah, sepanjang hampir dua minggu berada di kampung, keadaannya semakin pulih. Kami ikhtiar cara tradisional pula selepas pihak doktor turut memberi nasihat sedemikian.
"Sejak suami berada di kampung, keadaannya tidak seperti dahulu. Mungkin kerana di kampung dia mendapat udara bersih dan pemakanannya turut dijaga rapi, jadi dia pun semakin sihat," tuturnya.
Sementara itu Didie menyifatkan penyakit suaminya itu bukan berpunca daripada gangguan sihir memandangkan mereka tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.
"Nak cakap penyakit misteri, memang misteri pun, kerana penyakit gastrik seperti yang doktor sahkan itu tidak pulih seperti orang yang biasa selalu kena.
"Tetapi saya tak anggap dia kena buatan orang. Mungkin di kampung, suami dijaga dengan baik selain mendapat udara segar dan boleh bersenam serta mampu makan sebanyak lima kali sehari," selorohnya yang akan membawa pulang Norisham ke Kuala Lumpur pada Jumaat ini.
Selain pasangan itu, seramai 30 selebriti (dibahagikan kepada 15 kumpulan) menyertaiFear Factor Selebriti Malaysia antaranya Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz, Azam Pitt, Gambit Saifullah, Ezlynn, Mejar Dr Faiz, Zawen Anwar, Hafizul (On Air) dan Johan As'ari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan