Nuffnang

Selasa, 12 Februari 2013

Adam af - Google Blog Search

Adam af - Google Blog Search


A.N.I.S.A : <b>ADAM AF</b> mampu mengubati orang lain?

Posted: 28 Jan 2013 01:11 AM PST


Minat dalam ilmu perubatan Islam mendorong bintang yang digilap dari program Akademi Fantasia musim kedua, Adam AF2 berhijrah dan mendalami bidang keagamaan, lebih dua tahun lalu. Namun, kata penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah yang juga pemilik nama sebenar, Mohd Aizam Mat Saman, 29, mengakui dia tidak berubah secara drastik atau terikut dengan artis lain yang berhijrah sebaliknya semuanya bergerak perlahan-lahan. 
"Sebenarnya, sudah lama saya terdetik hati nak berubah sekali gus mendalami agama Islam. Semuanya bermula apabila ahli keluarga terdekat jatuh sakit akibat perbuatan sihir. "Justeru, di situlah bermulanya hasrat saya nak mendalami agama dan ilmu perubatan Islam dengan seorang guru, Haji Musa, di Sabah untuk memudahkan saya mengubati ahli keluarga yang terkena ilmu hitam itu," katanya. 
Bukan saja ahli keluarga terdekat, Adam juga mengakui dirinya turut terkena perbuatan sihir berkenaan"Saya dapat tahu diri disihir apabila berubat dengan Haji Musa di Sabah pada 2010. Antara tanda-tanda diri disihir ialah apabila hati selalu berdebar-debar, mudah hilang sabar kerana dikatakan ada benda yang menjadi 'pendamping', tapi ia tidak teruk. 
"Justeru, selepas berubat dan keadaan beransur pulih, saya sentiasa mengamalkan zikir dan menjaga solat lima waktu untuk mengelakkan diri daripada disihir selepas ini. Pada masa sama, saya menggunakan peluang itu untuk mendalami ilmu perubatan Islam dengan lebih mendalam daripada beberapa guru bertauliah sampailah sekarang. 
"Maklumlah, bila kita mendekatkan diri dengan Allah, lebih banyak ujian datang untuk menguji keimanan dalam diri. Sebab itu, saya perlu ada benteng agama yang kukuh," katanya. Lebih bermakna, kata Adam, dia bakal membuka pusat rawatan Islamnya sendiri, Nur Khalifah Al-Hasan yang dijangka beroperasi di Kota Damansara pada Mac ini. 
"Sebelum ini, saya hanya mengubat ahli keluarga terdekat dan kawan rapat yang datang untuk meminta bantuan. Kini, saya yakin untuk mengubati orang ramai pula. "Saya percaya, sampai masanya, saya memanfaatkan ilmu perubatan Islam dipelajari selama ini untuk membantu orang lain di luar sana. Antara penyakit yang diubati ialah gangguan saka, kencing manis dan darah tinggi. Dari segi bayaran atau 'mahar' pula bergantung pada jenis dan tahap penyakit dihidapi pesakit berkenaan," katanya. 
Berhijrah dan mendalami ilmu perubatan Islam bukan bermaksud Adam ingin meninggalkan terus bidang seni yang sudah sebati dalam dirinya sejak dulu. Apatah lagi bidang seni adalah periuk nasinya. Pada masa sama, Adam juga memastikan dia tidak hilang fokus pada artis yang bernaung di bawah produksinya,Aico Empire Group iaitu kumpulan V.I.P
"Bakat menyanyi adalah anugerah Allah dan tidak perlu dipersiakan. Saya akui kurang publisiti ketika ini, tetapi undangan persembahan secara solo dan bersama kumpulan V.I.P tetap berjalan macam biasa," katanya. Ditanya sama ada dia ingin menghasilkan album bercorak ketuhanan selepas ini, kata Adam, dia merancang untuk menghasilkan satu lagu bercorak ketuhanan pada tahun ini.
"Sebenarnya, sebelum ini saya pernah merakamkan semula lagu Ujian Hidup ciptaan Edry KRU pada Ramadan lalu. Lagu ini pernah disampaikan Imam Muda dan dimuatkan dalam album Hambamu. "Saya berjumpa dengan Edry untuk minta kebenarannya merakamkan semula lagu ini. Saya tertarik untuk menyampaikan lagu ini kerana mesejnya sangat kuat dan menceritakan mengenai kehidupan kita sebagai hamba di bumi Allah ini yang tidak pernah berhenti dilanda ujian dalam hidup. 
"Saya gembira de­ngan maklum balas positif daripada peminat dan la­gu itu masih diputar­kan di stesen radio tempatan ketika ini," katanya. klik sini untuk yang O R I G I N A L

Tiada ulasan:

Catat Ulasan