Nuffnang

Selasa, 12 Februari 2013

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search

Sharnaaz Ahmad - Google Blog Search


<b>Sharnaaz Ahmad</b> Mengaku Kongkong Pergerakan Shila Amzah <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2013 07:39 PM PST

Shila-Amzah-SharnaazBiasanya, kalau sudah berkahwin secara sah barulah si suami akan mengawal dan mengongkong pergerakan isteri mereka. Tapi, lain pula situasinya pada pasangan selebriti, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Shila Amzah.

Selepas satu demi satu isu yang timbul, dari sebuah majlis di kaca tv sehinggalah ke laman sosial Twitter, pasangan ini tetap kekal bersama walaupun ditohmah pelbagai pihak. Shila Amzah ketika diusik oleh Faizal Ismail di majlis Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung baru-baru ini juga tidak segan mengucapkan "I love You" secara terbuka kepada Sharnaaz.

Namun begitu, timbul pula khabar angin mengatakan Sharnaaz mengongkong pergerakan Shila Amzah sehingga menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada para peminat dan juga media.

Ketika ditemubual oleh wartawan, pelakon filem "Juvana" ini tidak menafikan dakwaan tersebut malah mengaku dia bertindak sedemikian kerana Shila Amzah bakal menjadi isterinya.

"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan. Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya." – Sharnaaz Ahmad dipetik dari mStar Online.

Apa pun, semoga hubungan cinta Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Tags: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan