Nuffnang

Selasa, 12 Februari 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Pengacara TV Wanita Popular : <b>Neelofa</b> Caras Farah Fauzana <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 04:00 PM PST

Farah Fauzana

Siapa tidak kenal dengan pangacara dan penyampai radio terkenal Farah Fauzana. Secara umumnya Farah sebelum ini pernah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk dua kategori iaitu Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara Wanita Popular selama enam tahun berturut-turut dan ini membuktikan bahawa populariti Farah tidak dapat disangkal lagi.

Namun begitu, bagi ABPBH kali ini nama Farah sekali lagi tersenarai dalam top 5 untuk kategori Pengacara Wanita Popular menerusi program NONA, dan lebih mengejutkan lagi apabila nama rakan seperjuangannya, Neelofa turut tersenarai dalam kategori yang sama.

Oleh itu timbul persoalan dikalangan pihak media, adakah kemunculan Neelofa kali ini akan menggugat kredibiliti Farah dan tidakkah Farah rasa pelakon wanita tersebut akan mencaras kedudukannya sebagai pengacara popular?

"Orang kalau tak kenal dia (Neelofa) orang takkan tahu dia macam mana. Saya sangat seronok dan selesa bekerja dengan dia dan semasa dapat tahu kami sama-sama tercalon untuk kategori Pengacara Wanita Popular, saya gembira sebab ini menunjukkan orang suka menonton program NONA."

"Ya, memang dia ada bergurau dengan saya mengenai soal itu, tapi bukan saya tak kisah. Bagi saya, sekiranya dia menang untuk kategori tersebut, saya pun gembira sebab dia menang untuk program yang sama dengan saya."

"Saya bersifat 'open minded' bagi saya kalau dah menang sebanyak tiga kali berturut-turut itu pun dah ok."

Memandangkan pada Februari ini Farah bakal menyambut ulangtahunnya yang ke 33, jadi timbul persoalan bilakah agaknya penyampai radio popular ini ingin menamatkan zaman bujangnya.

"Saya ada berusaha tapi semuanya tak pernah menjadi. Saya pernah ada teman lelaki tetapi itu 2,3 tahun lepas."

"Kalau nak tahu masa belajar dulu saya pernah minta kebenaran dengan mak untuk berkahwin, tapi mak tak izinkan. Mungkin sebab itu jodoh saya lambat sampai. Iyalah, lagipun masa tu baru berusia 21 tahun dan masih lagi di tahun pertama."

"Untuk umur sekarang saya sedang mencari pasangan hidup dan bukannya teman lelaki. Saya adalah seorang yang suka merancang dan disebabkan itu saya sudah buat persediaan untuk berkahwin. Cuma masa dan jodoh sahaja tak tahu lagi bila," komen Farah sambil tergelak.

Tags: , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan