Nuffnang

Selasa, 12 Februari 2013

Gambit Saifullah - Google Blog Search

Gambit Saifullah - Google Blog Search


BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Gambit Saifullah</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Dec 2012 09:10 PM PST


<b>Gambit Saifullah</b> Sekampung Dengan Khairul Fahmi

Posted: 20 Aug 2012 05:00 AM PDT

berita | Tempatan

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto Oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2012: Pengarah, pelakon dan produser muda tempatan, Gambit Saifullah akan tampil dengan hasil kerja terbaru melalui syarikat produksinya Eightball Productions Sdn Bhd iaitu program Nusantara Raya yang bakal ditayangkan di Astro, Aidilfitri nanti.

Ramai yang ingin mengetahui perkembangan terbaru artis berbakat besar ini namun dia kadangkala seperti tidak kisah tentang publisiti dan lebih mementingkan kerja yang ingin dihasilkannya. Bercakap mengenai Aidilfitri yang bakal menjelang, Gambit akan pulang ke Kelantan Syawal ini.

"InsyaAllah tahun ini saya akan pulang beraya ke kampung sebelah ibu saya iaitu di Kelantan. Kesempatan ini mungkin saya akan ambil untuk beraya bersama bintang bagi program Nusantara Raya iaitu Khairul Fahmi Che Mat kerana kami sekampung.

"Setelah sama-sama berada dalam dunia glamor barulah kami tahu yang kami sekampung,"ujarnya yang ditemui di majlis tayangan program Aidilfitri Astro di Damansara baru-baru ini.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mana perginya Gambit, dia menjelaskan bahawa dia sering melancong dan berada diluar negara samada atas urusan kerja mahupun bercuti.

"Mungkin ramai juga tahu saya memang sering terbang kesana-kemari atas urusan kerja. Tetapi ada juga yang saya selitkan dengan bercuti. Saya meminati rancangan travelogue dan jika berkesempatan saya akan melawat lokasi yang saya rasakan ada potensi untuk adakan penggambaran atau sebarang projek ditempat itu.

"Saya masih berlakon cuma ramai yang mendengar saya banyak mengarah dan mengacara. Untuk Nusantara Raya ini saya akan memberikan penonton gambaran jelas kehidupan dan aktivit seharian Safee Sali yang menyarungkan jersey Pelita Jaya FC di Indonesia.

"Setiap aktiviti yang dilakukannya saya akan turut serta termasuklah ketika berlatih, masa lapangnya dan pelbagai lagi, jadi jangan lupa untuk menonton Nusantara Raya pada Aidilfitri ini,"jelas Gambit mengenai aktiviti seninya sekarang.

BLOG-BLOG HIBURAN: <b>Gambit Saifullah</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 09:14 PM PST


<b>Gambit Saifullah</b> & Pembantu Peribadi | Sensasi Selebriti

Posted: 12 Oct 2012 05:11 PM PDT

Tidak dapat disangkal lagi, sangat penting dalam membentuk kerjaya artis. biasa dapat merancang dan bijak mengambil peluang yang ada. Namun, kadang-kadang pembantu peribadi juga boleh menjadi sebaliknya. Apa-apa pun seseorang artis tu kenalah bijak memilih pembantu yang betul-betul mampu memberikan impak maksima dalam karier mereka.

Pelakon mengakui kerjayanya sebagai pelakon dan penerbit program dengan syarikat produksinya iaitu semakin berkembang selepas memiliki seorang pembantu peribadi (PA) iaitu .

Gambit

Wanita itu pernah menjadi PA kepada Awal Ashaari, sebelum ini.

Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, bekerjasama dengan Azlina yang turut membantu menyumbangkan idea bagi penghasilan program baru memudahkannya untuk menjual program-program yang dirancang ke stesen-stesen televisyen.

"Selain menjadi pengurus peribadi, dia (Azlina) juga merupakan sebahagian besar penyumbang idea dalam syarikat produksi saya. Alhamdulillah, kami akan menghasilkan pelbagai program menarik untuk disalurkan ke stesen televisyen," katanya.

Sehingga kini, syarikat itu telah pun menghasilkan program yang telah pun disiarkan di Astro Ria pada Ogos lalu serta & Ahli Muzik pada tahun 2008.

Tambah Gambit, dia juga bersyukur kerana Azlina tidak kisah dengan kontroversi yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini malah bersedia untuk melakukan sesuatu bagi membersihkan semula nama Gambit.

Sementara itu, selepas kegagalan filem Karipap-karipap Cinta (2011) yang menonjolkan bakat lakonan Gambit, kini pelakon itu bakal muncul dengan filem Hantu Bukit Cina (HBC), terbitan Award Makers Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada awal tahun depan.

"Tidak sabar rasanya untuk melihat respons penonton terhadap filem ini. Sudah dua tahun ia tertangguh. Moga kemunculan saya kali ini dapat memuaskan hati semua. Kalau boleh, biarlah orang lupakan segala kontroversi yang pernah berlaku selepas menonton bakar saya dalam HBC," ujarnya.

Selain Gambit, pelakon , dan turut membintangi filem tersebut.

Dalam perkembangan lain Gambit bersama 29 peserta lain antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz dan Azam Pitt akan berangkat ke Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan bagi menjalani rakaman Fear Factor Selebriti Malaysia. Sumber:

Facebook Komen

Facebook Komen

Tags: , , , , , , , , , ,

Siti.Sab&#39;s Blog: <b>Gambit Saifullah</b> bikin hati wanita cair~

Posted: 03 Jun 2011 11:56 PM PDT

salam,

mostly bloggers duk cerita pasal si GS ni! aku malas nak cakap hape..sebab mereka sume dah kasi hentam die! haha! padan muke! lalalalala~

kenapa aku cakap si GS ni bikin hati wanita cair...ce tengok pic die ni yeh..

oOOoooHHHH! mMMMmaaAAAiii!!
aku bukan kenal sangat die ni..bile blogger duk hentam die..aku pn duk selidik sape la org yg diorang ni duk kate2..tengok gambar2 die..oh..kenal..tengok lagi sekali....
pPPPpppEEEeeHHhhhh!! HANDSOME dowh mamat ni!!! pesal aku baru tahu kau ni ado! kalau tak baik aku ngorat kau..hihi..tak pe2..sekarang aku dh ade orang lain pun.. Weee~
nampak kan ALLAH nk tunjuk kat aku..nasib kite tidak bertemu dahulu..kalau tak..confirm..aku malu nak ngaku kau ni BOYFRIEND aku..hihi..*ok..sumpah perasan! :D
tak pe..now..ZIZAN dh ade dalam hati....baby zizan!! i tak kan curang dengan u!! oh my baby!! heart u so much!! :)
*muke handsome. muke cantik. perangai macam haram. sumpah orang akan benci! 
notatangan : kami blogger tak kan buat sesuatu entri tanpa ade berita yang di uar2kan..ade isu hot yg blogger buat..itu pun punca daripada tingkah laku si penyebabnye..kalau anda sebagai seorang public figure..behave urself..banyak mate yang memandang..sebab tu kadang2 HIPOKRIT ni perlu! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan