Nuffnang

Ahad, 3 Februari 2013

Intan Ladyana - Google Blog Search

Intan Ladyana - Google Blog Search


<b>Intan Ladyana</b> & Siti Saleha Diganggu Peminat Fanatik? | OHBULAN!

Posted: 03 Oct 2012 11:45 PM PDT

Selasa lalu pihak OHBULAN! telah mengeluarkan berita mengenai seorang DJ radio Best 104, Julie Diana Omar Shariff  nyaris dibakar dan bunuh akibat daripada cinta yang tidak berbalas. Sehubungan dengan itu, pihak kami cuba dapatkan pandangan dan langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh kaum wanita terutamanya artis yang kebanyakannya mempunyai peminat fanatik mereka tersendiri.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut, pelakon jelita, Intan Ladyana telah melahirkan rasa terkejut dan tidak menyangka perkara sebegitu boleh terjadi di kalangan selebriti Malaysia. Pelakon ini turut akui beliau juga pernah berhadapan dengan peminat yang fanatik dengan dirinya tetapi tidak sampai ke tahap yang lebih serius.

"Takut juga kalau ada peminat yang fanatik sampai sanggup membunuh dan bakar macam tu. Selalunya perkara macam ni berlaku dekat luar negara je sebab dekat Malaysia ia masih lagi terkawal. Tapi bagi saya setakat stalker tu perkara biasa dan saya pun pernah kena sebelum ini."

"Jadi sebagai artis, kita kena berhati-hati untuk layan peminat. Bukanlah nak sombong tapi kena berjaga-jaga sebab perkara macam ini kita tak boleh jangka," ujar Intan Ladyana panjang lebar.

Pada masa yang sama, Intan turut berkongsi pengalaman dirinya yang pernah diganggu oleh peminat fanatik sewaktu mengacarakan rancangan "Chopp" di TV9 tahun lalu. Menurut Intan, pada ketika itu dia sering menerima surat daripada peminat misteri yang dihantar menerusi alamat TV3 akan tetapi, Intan rasa bersyukur kerana perkara tersebut sudah berakhir dan tidak berlanjutan hingga ke tahap yang serius.

Menurut pelakon ini lagi, dia turut mempelajari perkara asas seni mempertahankan diri untuk melindungi dirinya daripada perkara yang tidak duduga.

Menyingkap lebih lanjut mengenai isu tersebut, pelakon yang sedang meningkat naik, Siti Saleha turut berkongsi pengalamannya berhubung isu yang sama. Menurut Saleha, sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan dia belum pernah berhadapan dengan peminat yang psycho dan bersyukur kerana perkara sebegitu tidak berlaku dalam dirinya.

"Selama saya berada dalam industri ini, semua peminat saya OK. Tak adalah yang psycho dan buat benda-benda tak elok. Paling kurang pun ada peminat yang hantar email dan ganggu saya dengan SMS. Sampaikan ada yang buat pantun untuk saya dan ada juga yang antar SMS lepastu suruh saya main teka-teka siapa dia."

"Saya tak layan sangat semua tu, sebab saya pun sibuk dengan kerja. Jadi, saya cuma layan peminat dekat Facebook dan Twitter je. Itu pun untuk komen-komen yang biasa dan tidak terlalu menyentuh soal peribadi," ujar Siti Saleha sambil tergelak kecil.

Sebagai langkah mempertahankan diri, Siti Saleha akui yang dia juga ada mengikuti kelas kick boxing dan turut mempelajari perkara-perkara asas bagaimana untuk melindungi diri daripada perkara yang tidak diduga.

"Saya ada juga pergi kelas kick boxing dan belajar perkara asas untuk melindungi diri sendiri. Lagipun insiden macam tu selalu berlaku dengan cepat, sampai kadang kala kita tak sempat nak buat apa-apa. Jadi, sebagai wanita kita kena sentiasa bersedia dan berhati-hati dalam perkara maca ni," ujar Saleha sebelum mengakhiri perbualan kami sebentar tadi.

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan