Rita Rudaini - Google Blog Search |
BERITA ARTIS - <b>Rita Rudaini</b> Tak Kenal Adi Putra - Gua.com.my Posted: 16 Jan 2013 04:00 PM PST Gandingan serasi pasangan pelakon dalam sesebuah filem mahupun drama memang menjadi satu faktor yang mampu memberi impak kepada penonton. Jika tiada keserasian, minat penonton untuk mengikuti sesebuah cerita akan berkurangan. Jadi, pengarah mahupun penerbit harus bijak membuat pilihan untuk watak hero dan heroin. Antara gandingan yang berjaya mencuri perhatian penonton ialah Aaron Aziz dan Siti Saleha, Aaron Aziz dan Nadiya Nissa, Remy Ishak dan Maya Karin serta Aaron Aziz dan Maya Karin. Kini anda boleh melihat gandingan pertama kali Adi Putra dan Rita Rudaini sebagai hero dan heroin untuk drama bersiri, 'Sehangat Asmara', arahan Mohd Feroz Khan yang diadaptasikan daripada novel dengan judul yang sama. Mampukah pasangan ini menambat hati peminat atau sebaliknya. Mengulas tentang hero terbarunya itu, Rita Rudaini mengakui pada mulanya dia berasa agak janggal apabila bergandingan dengan Adi Putra. Ini kerana dia tidak begitu mengenali karakter aktor tampan itu. Sebaliknya hanya dipertemukan di lokasi penggambaran iaitu di Sydney, Australia. "Pada mulanya memang agak susah hendak dapat keserasian sebagai pasangan kerana selalunya saya sering digandingkan dengan Rosyam Noor dan Aqasha yang merupakan kawan saya sendiri. Sikap pendiam Adi juga menyukarkan saya untuk mendekatinya.Namun, keserasian itu hadir selepas seminggu kami terlibat dengan penggambaran," ujar Rita ketika pelancaran drama bersiri 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas pada Selasa. Dalam masa yang sama, Rita turut memberitahu yang dia sebenarnya sedikit gusar dengan watak Kamilia Najwa biarpun begitu teruja apabila ditawarkan watak itu. Baginya, watak itu agak berat kerana dia harus banyak bermain air mata. "Saya membaca balik novel tersebut sebaik sahaja menerima tawaran berlakon. Tetapi terpaksa berhenti di bahagian pertama kerana merasakan novel itu terlalu berat dan sedih. Kadangkala saya rasa ia jadi bebanan kerana watak itu menuntut saya banyak mengalirkan airmata. Namun, saya gunakan pengalaman yang ada agar tidak terlalu tertekan," ujar Rita. Sementara itu, Adi Putra sempat mengulas bahawa dia tidak begitu bimbang dengan maklumbalas yang bakal diterima daripada penonton selepas 'Sehangat Asmara' ditayangkan bagi menggantikan drama popular Adam Dan Hawa. Tegas Adi, novel Sehangat Asmara itu sendiri sudah menjadi fenomena.
'Sehangat Asmara' yang akan bersiaran sebanyak 33 episod ini bakal menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam bermula 21 Januari ini hanya di saluran 134, Astro Mustika. |
<b>Rita Rudaini</b> Halang Fauzi Nawawi Berada Di Lokasi Posted: 16 Jan 2013 11:35 AM PST Thursday, 17 January 2013 " ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })(); Rita Rudaini Halang Fauzi Nawawi Berada Di Lokasi | Tahun 2006 dunia hiburan dihangatkan dengan kisah pergaduhan di antara Rita Rudaini dan Lisdawati di mana kedua-dua pelakon ini bercakaran ketika melakonkan salah satu babak dalam drama berjudul 'Kau Yang Ku Sayang'. Bermula detik itu, Rita dan Lisdawati tidak lagi digandingkan bersama. Namun, baru-baru ini kedua-dua pelakon ini bersetuju untuk berdamai dan bersedia untuk digandingkan bersama selepas ditawarkan berlakon dalam drama bersiri 'Kerana Sarah'. "Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur maklumbalas daripada dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan", ujar Lisda ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3 baru-baru ini. Setelah mendapatkan penjelasan Lisdawati mengenai hal ini, Gua turut berkesempatan untuk menemubual Rita Rudaini bagi mendapatkan reaksinya. Ternyata dengan tenang Rita turut meluahkan rasa lega kerana persengketaan di antaranya dengan Lisdawati telah berakhir. Baginya perkara yang lepas biarkan ia berlalu. Biarpun begitu, Rita tanpa berselindung mengakui bahawa dia ada meletakkan satu syarat kepada pihak produksi sebelum membuat keputusan untuk terlibat dalam drama itu. Jelas Rita, dia tidak mahu suami kepada Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi berada di lokasi penggambaran ketika adegan yang membabitkan dirinya. Bagaimanapun, Rita enggan mendedahkan sebab dia berbuat demikian. Mengulas tentang kes polis yang membabitkan pergaduhannya dengan Lisdawati dahulu, Rita memberitahu semuanya telah selesai kerana siasatan ke atas kes itu telah pun selesai. "Kes polis itu pun sudah tutup dan saya ingin membuka buka baru dengan bersikap professional sepanjang penggambaran 'Kerana Sarah'. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan Lisda dan kami fokus untuk kerja masing-masing," ujar Rita ketika ditemui di majlis pelancaran drama 'Sehangat Asmara' di Publika, Solaris Dutamas, pada Selasa. Jelas Rita lagi, sepanjang tempoh penggambaran dia dan Lisdawati ada bertegur-sapa namun bersikap lebih berhati-hati agar insiden lalu tidak berulang lagi. Baca Lagi Artikel Berkaitan : Fuh Artis, Fuh Berita Hiburan, Fuh Gosip, Lisdawati, Rita Rudaini FUH!!! KAMI KONGSIKAN SEGALANYA Tajuk : Rita Rudaini Halang Fauzi Nawawi Berada Di Lokasi |
You are subscribed to email updates from Rita Rudaini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan