Nuffnang

Ahad, 3 Februari 2013

Zizan Razak - Google Blog Search

Zizan Razak - Google Blog Search


<b>Zizan Razak</b> - Rasa Macam Keluar Penjara - Gua.com.my

Posted: 09 Jan 2013 08:53 PM PST

Perjalanan karier anak muda ini semakin cerah dan buktinya rezeki Zizan Razak dalam bidang hiburan semakin mencurah-curah. Zizan Razak bukan sahaja berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia dengan lawak bersahaja namun berada dalam kelas tersendiri menerusi lapan pencalonan akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012).

Dalam masa yang sama, jejaka ini juga sedang sibuk dengan program realiti Maharaja Lawak Mega. Ramai sedia maklum yang rakan seperjuangannya Johan terpaksa berehat sebentar kerana menjalani rawatan di hospital. Beban yang dipikul oleh Zizan dalam meneruskan misi Jozan dilihat bukan satu tugasan mudah dan perkara ini diakui oleh Zizan sendiri.

"Saya rasa macam baru keluar penjara. Lepas sahaja saya selesai buat persembahan saya menangis. Bukan senang untuk membuatkan penonton ketawa dengan lawak kita. Saya takut kalau kita tak dapat beri apa yang penonton harapkan," ujar Zizan.

Menyentuh mengenai ketiadaan Johan pada minggu lepas, Zizan menerima semuanya dengan redha. Tidak cepat berputus asa, Zizan berusaha memberikan yang terbaik buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini. 


                                

"Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Minggu lepas Jozan mendapat undian tertinggi yang pernah kami terima sepanjang program Maharaja Lawak Mega ini. Makin lama, sokongan terhadap Jozan makin kuat dan saya bersyukur atas rezeki ini," jelas Zizan yang telah enam tahun berada dalam industri hiburan tempatan.

Zizan juga berterima kasih kepada peminat yang telah membawanya ke pusingan akhir ABPBH 2012. Bagi Zizan, beliau menyerahkan segalanya kepada peminat untuk menentukan siapa yang akan menang kerana itu semua adalah hak peminat.

"Apabila tercalon untuk lapan kategori ini memang mengejutkan saya. Saya tak sangka penerimaan peminat terhadap saya lebih hebat tahun lepas.  Bagi saya, perkara paling penting adalah kita kena ikhlas dalam apa sahaja yang kita lakukan. Ikhlas nak hiburkan penonton dan Allah akan beri kita peluang yang betul," ujar Zizan yang mengakui jadualnya padat sehingga April ini.

"Alhamdulillah, doa saya agar peminat dan orang sekeliling terima saya dan suka dengan kerja saya tercapai. Bila undian tinggi maksudnya orang senang dengan kita," tambah Zizan yang akan ke London, United Kingdom tidak lama lagi untuk menjalani pengambaran iklan satu produk makanan tempatan. Khabarnya, Zizan juga bakal dilantik menjadi duta baru produk itu.

Selain itu, Zizan juga akan ke Australia dalam masa yang terdekat ini bagi mengikuti sesi fotografi Majalah 'Santai'. Zizan percaya tugasan terbarunya itu bakal menjanjikan pengalaman cukup menarik kerana dia akan mengharungi perjalanan menggunakan kenderaan ala 'caravan' merentasi beberapa negeri di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan