Adi Putra - Google Blog Search |
(39 GAMBAR)Gandingan <b>Adi Putra</b> Dan Rita Rudaini Dalam <b>...</b> Posted: 16 Jan 2013 08:17 PM PST Mungkin ada yang tidak tahu sebuah lagi drama adaptasi novel akan menggantikan drama Adam dan Hawa yang sudah sampai ke episod akhir seminggu lepas. Drama yang dimaksudkan ialah Sehangat Asmara, diadaptasi dari novel dari judul yang sama tulisan Aisya Sofea. Drama ini ialah gandingan pertama Adi Putra dan Rita Rudaini akan mula ditayangkan 21 Januari ini pukul 10.00 malam di Astro Mustika HD. Rita Rudaini memegang watak Kamilia Najwa manakala Adi Putra memegang watak Zainal Arief. Ia merupakan sebuah kisah pandang pertama antara mereka yang memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.
Lagi 37 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Sehangat Asmara. Anda juga boleh mendengarkan lagu tema drama ini di sini: Baca Yang Ini Pulak:- |
Anak Pengikat Kebahagiaan – <b>Adi Putra</b> | MyNewsHub Posted: 15 Jan 2013 05:47 PM PST KUALA LUMPUR – Pelakon Adi Putra mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara sejak tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir roboh pada tahun lepas. Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, kehadiran bayi itu menjadi penyumbang kepada kebahagiaannya dengan isteri Zuhaida Yusof, 38, yang dibina hampir tujuh tahun lalu. "Saya tidak nafikan, Zara menjadi punca rumah tangga saya dengan isteri semakin bahagia," katanya mStar Online semasa ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas di sini, petang Selasa. Tambah aktor kelahiran Singapura ini, perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya apabila dia melihat bayi itu ketawa setiap kali pulang ke rumah. Ditanya adakah kehadiran anak itu menyuburkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, Adi berkata, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. "Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Yang penting, berkat dan doa kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," katanya. Pasangan itu bernikah pada 14 April 2006. Mengenai lakonannya dalam drama bersiri sebanyak 33 episod itu, Adi yang kali ketiga bergandingan dengan Rita Rudaini berkata, dia selesa dengan sikap aktres itu. "Dia berpengalaman dan profesional. Untuk babak-babak romantis, saya tidak risau kerana dia terbuka dan mudah memberi kerjasama. "Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri itu," katanya. Diarahkan Mohd Feroz Kader, drama ini turut membariskan antaranya Shahrizal Jaszle, Fureena Ezlin, Izreen Azminda, Hafizuddin Fadzil dan Dian P. Ramlee. Ia bakal ditayangkan bermula 21 Januari ini pada setiap Isnin hingga Rabu, pukul 10 malam di Astro Mustika HD (saluran 134). – mStar Online Iklan Teks:Artikel Berkaitan:PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Adi Putra - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan