Nuffnang

Sabtu, 16 Mac 2013

Erra Fazira - Google Blog Search

Erra Fazira - Google Blog Search


Festival Filem Malaysia Ke 25 — <b>Erra Fazira</b> Dan Fahrin Ahmad <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 07:28 PM PST

Selepas mengharungi kontroversi penangguhan beberapa kali sejak penghujung tahun lalu, Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) telah sah bakal berlangsung pada Mac ini.

Majlis anugerah yang bakal mengiktiraf 70 buah karya filem anak tempatan ini bakal di'adakan pada 2 Mac 2013 dan mengambil tempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

FFM 25 kali ini bakal di'hoskan oleh dua orang selebriti popular iaitu Fahrin Ahmad dan Erra Fazira yang kami kira bergandingan buat pertama kali sebagai pengacara majlis anugerah.

Malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke 25 kali ini juga akan di'siarkan secara langsung dengan format defisini tinggi (HD) melalui Mustika HD & standard melalui Astro Ria juga RTM2.

Filem Songlap berjaya menerima 15 pencalonan secara keseluruhan dalam FFM 25 dan menjadikan ianya filem terbanyak meraih pencalonan dalam sejarah penganjuran FFM selama 25 edisi.

Kategori Filem Terbaik Festival Filem Malaysia yang sering di'nantikan saban tahun menyaksikan pencalonan Songlap, Ombak Rindu, S.A.M, 29 Februari dan juga Bunohan.

Senarai Penuh Pencalonan Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

CERITA ASAL TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. Misteri Jalan Lima (Afdlin Shauki)
4. Hantu Gangster (Namawee, Freed Chong & Vivi Wee)
5. 8 Jam (Loh Chung Tat)

LAKON TV TERBAIK

1. Bunohan (Dain Said)
2. Songlap (Fariza Azlina Ishak)
3. 29 Februari (Edry Abdul Halim)
4. Seefood (Goh Aun Hoe)
5. Untuk Tiga Hari (Afdlin Shauki)

SINEMATOGRAFI TERBAIK

1. Songlap (Haris Hue Abdullah)
2. 29 Februari (Mohd Noor Mohd Kassim)
3. Misteri Jalan Lama (Mohd Helmi Mohd Yusof)
4. Hoore! Hoore! (Mohd Noor Mohd Kassim
5. Ombak Rindu (Khalid Zakaria)

PELAKON WANITA TERBAIK

1. Maya Karin – Ombak Rindu
2. Nadiya Nisaa – Jiwa Taiko
3. Vanidah Imran – Untuk Tiga Hari
4. Sara Ali – Songlap
5. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!

PELAKON LELAKI TERBAIK

1. Faizal Hussein – Bunohan
2. Shaheizy Sam – Songlap
3. Pekin Ibrahim – Bunohan
4. Shaheizy Sam – Sam
5. Zahiril Adzim – Bunohan

PENGARAH FILEM TERBAIK

1. Dain Said – Bunohan
2. Effendee Mazlan & Fazira Azlina Ishak – Songlap
3. Osman Ali – Ombak Rindu
4. Syafiq Yusof – Sam
5. Saw Teong Hin – Hoore! Hoore!

FILEM TERBAIK

1. Bunohan (Apparat Sdn Bhd)
2. Songlap (Grand Briliannce Sdn Bhd)
3. Ombak Rindu (Astro Shaw / Tarantella Pictures)
4. Sam (Skop Productions)
5. 29 Februari (KRU Studio)

PELAKON HARAPAN WANITA

1. Farah Nazirah – Hoore! Hoore!
2. Jojo Goh – 29 Februari
3. Neelofa – Azura
4. Shima Anuar – Sumpahan Kum Kum
5. Mon Ryanti – Keramat

PELAKON HARAPAN LELAKI

1. Shahrizal Jaszle – Azura
2. Izzue Islam – 29 Februari
3. Hazami Azmi – Apa Celop Toq
4. Akim Ahmad – Hoore! Hoore!
5. Iedil Putera – Ngorat

PELAKON PEMBANTU WANITA

1. Normah Damanhuri – Songlap
2. Fauziah Nawi – Hoore! Hoore!
3. Lisa Surihani – Ombak Rindu
4. Nabila Huda – Jalan Kembali
5. Lana Nordin – Chow Kit P

PELAKON PEMBANTU LELAKI

1. Husyairi Husain – Bunohan
2. Syafie Naswip – Songlap
3. Amerul Affendi – Bunohan
4. Bront Palarea – Jiwa Taiko
5. Omar Abdullah – Songlap

PENGARAH HARAPAN

1. Syafiq Yusof – Sam
2. Goh Aun Hoe – Seefood
3. Ghaz Abu Bakar – Hantu Kapcai
4. Nizam Zakaria – Cinta Kura-Kura
5. Tee Bee – Kepong Gangster

Isteri Izin Awie Bergandingan Dengan <b>Erra Fazira</b> | Berita Hiburan <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2013 10:30 PM PDT

Siapa tak kenal dua bintang popular Malaysia, nama besar Erra Fazira dan Awie begitu gah dalam industri seni tanah air. Mereka berdua pernah menjadi lagenda yang hebat menerusi filem "Sembilu" arahan Dato' Yusof Haslam dan pernah juga juga mengikat tali pertunangan pada tahun 1997.

Namun, Allah Maha mengetahui impian untuk bersatu putus ditengah jalan apabila kedua-dua artis ini memutuskan pertunangan yang dibina mereka. Setelah itu masing-masing membawa haluan sendiri demi meneruskan perjuangan dalam industri seni sampailah tahun 2008 mereka digandingkan bersama dalam filem Cuci.

ohartis-erra-fazira-awie-2

ohartis-erra-fazira-awie-1

Kini, sekali lagi mereka bakal digandingan dalam rancangan yang dihostkan oleh Awie sendiri iaitu Tunggu Sekejap di TV3. Dalam rancangan itu, Erra dijemput sebagai artis jemputan dan untuk tidak mengundang salah faham Awie memberitahu perkara tersebut kepada isterinya.

"Sebenarnya isteri saya tidak mempunyai masalah tentang gandingan ini. Apa yang telah berlaku dahulu sudah menjadi sejarah dan sekarang kami mempunyai kehidupan keluarga masing-masing. "Dia (isteri) juga sangat sporting. Malah dia merupakan peminat Erra dalam program bual bicara Primadona (Astro)." Jelas Awie.

Menurut Awie dia sebenarnya tidak ingin isu dia bergandingan dengan Erra diperbesarkan kerana mereka bersifat professional. Tambahnya lagi, dia juga turut merancang untuk mengambil Erra sebagai pelakon utama dalam filem yang bakal diterbitkan di bawah syarikat miliknya iaitu Awie Entertainment tidak lama lagi selain bakal menganjurkan sebuah konsert trio bergandingan Awie, Ziana Zain dan Erra Fazira yang akan berlangsung tahun ini.

OH!ARTIS : INDUSTRI SENI DI MALAYSIA KECIK JER, LAMA-LAMA JUMPA JUGAK.

Fahrin Ahmad & <b>Erra Fazira</b> Sah Jadi Hos &#39;Festival Filem Malaysia <b>...</b>

Posted: 18 Feb 2013 09:10 PM PST

Screen Shot 2013-02-19 at 1.07.29 PM

Jika Festival Filem Malaysia edisi lepas (FFM 24) menyaksikan Ogy Ahmad Daud & Johan Raja Lawak digandingkan sebagai hos. Kali ini, dua pelakon popular iaitu Fahrin Ahmad & Erra Fazira disahkan bakal berganding bagi hos FFM edisi ke 25 tahun ini.

Selepas melalui pelbagai kontroversi seperti isu komunikasi diantara Johan dan Ogy dan juga penangguhan acara ini sejak penghujung tahun lalu, FFM 25 melalui sidang akhbar yang berlangsung sekitar jam 11 pagi tadi mengesahkan acara berprestij ini akan berlangsung pada 2 Mac di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Belum pernah lagi dilihat Fahrin dan Erra bergandingan sebagai hos untuk mana-mana acara atau rancangan, OHBULAN! pasti mereka berdua mampu memberikan kelainan sesuai dengan konsep dan tujuan FFM dianjurkan. FFM kali ini juga akan disiarkan secara 'live' dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD dan definisi standard di Astro Ria & TV2.

Bagi yang tidak pernah tahu, Festival Filem Malaysia diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai serta menilai mutu kerja filem sepanjang tahun (Wiki). FFM edisi lepas menyaksikan filem 'Hikayat Merong Mahawangsa' arahan Yusry Abdul Halim merangkul anugerah 'Filem Terbaik'.

Tags: , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan