Nuffnang

Sabtu, 16 Mac 2013

kumpulan hujan - Google Blog Search

kumpulan hujan - Google Blog Search


Kristal, Estranged Hangatkan Versus Musim Kedua - Gua.com.my

Posted: 12 Mar 2013 03:09 AM PDT

Rancangan realiti hangat TV9, Versus kembali untuk musim kedua. Menampilkan lima buah band tempatan yang sememangnya berbakat besar, kreativiti pemuzik-pemuzik ini bakal diuji sekali lagi dalam rancangan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 200,000.

Estranged, Oh Chentaku, Manifesto, Kyoto Protocol dan Kristal merupakan band yang bakal menggegarkan pentas Versus bermula 5 April ini. Membawa konsep yang sama seperti musim lalu, setiap band bakal mempersembah lagu mengikut tema yang ditetapkan pihak produksi dengan gubahan muzik tersendiri. Jennifer Thompson dan Loque kekal selaku juri tetap.

Masih lagi dihoskan Aidid Marcello dan Hunny Madu, Versus bakal bersiaran secara langsung dari Space U8 Shah Alam. Pastinya, suasana di kompleks membeli-belah mesra alam itu bakal menjadi meriah dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan terlibat.

Sidang media memperkenalkan barisan kumpulan muzik terlibat telah diadakan bertempat di The Stage, Avenue K sebentar tadi. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio, Seelan Paul dan Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin.

Versus mencipta fenomena tersendiri pada musim pertama dengan capaian lebih satu juta penonton. Kumpulan Hujan berjaya membawa pulang kejuaraan edisi sulung rancangan ini. Lebih manis lagi, Versus juga berjaya menggondol anugerah 'Fresh TV Series Award' di Shout Awards 2012.

Menghangatkan lagi Versus musim kedua adalah Suraya HOTfm yang akan tampil dalam Versus Backstage pada setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Episod pengenalan Versus musim kedua bakal bersiaran pada 5 April 2013 jam 9.30 malam di TV9. Battle pertama Versus akan disiarkan secara langsung dari Space U8 bermula 12 April 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan