Nuffnang

Sabtu, 16 Mac 2013

Jehan Miskin - Google Blog Search

Jehan Miskin - Google Blog Search


<b>Jehan Miskin</b> Pula Nak Kahwin | akupunyer lah! ©

Posted: 25 Feb 2013 08:41 AM PST

Jehan Miskin Pula Nak Kahwin |  "Tahun ni ada berita baik. Insyallah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan," kata pelakon, Jehan Miskin apabila ditanya adakah dia akan menamatkan zaman solo pada tahun ini.
Memetik laporan Malaysiandigest, semalam, Jehan Miskin, 34, dengan spontan memberi reaksi sebegitu malah dia meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Mengenai perkembangan terkini pelakon bertubuh sasa ini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

Namun, itu tidak bererti yang dia sudah tidak aktif dalam bidang lakonan, cuma buat masa ini dia harus menumpukan perhatian lebih kepada pengarahan drama dan penerbitan program.

"Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya.

"Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak," jelasnya. - MYNEWSHUB

Quote:

Tiada kata untuk pagi ini..

_____________

Sila "Share" info ini bersama rakan anda di Facebook :

<b>JEHAN MISKIN</b> BAKAL TAMATKAN ZAMAN BUJANGNYA TAHUN <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2013 06:00 PM PST

Jehan Miskin Bakal Tamatkan Zaman Bujangnya Tahun Ini | Sudah tentu ianya satu perkhabaran gembira buat peminat Jehan Miskin yang kini berusia 34 tahun ini. Pelakon, pengacara dan peserta program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia  2012 ini dikhabarkan bakal bertunang dan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Menurut laporan Malaysia Digest, Jehan Miskin memberi gambaran sesuatu yang baik akan berlaku pada tahun ini apabila ditanya berkenaan isu perkahwinannya.

jehan miskin

"Ya, tahun ni ada berita baik. InsyaAllah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Doakan yang baik-baik untuk saya", ujarnya ambil tersenyum namun masih tidak ammboi ketahui siapakah calon wanita pilihannya.

p/s : ok la tu kan… benda baik eloklah dipercepatkan…

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

CARIAN BERKAITAN

  • tunang jehan miskin (3)
  • bakal isteri jehan miskin (2)
  • Jehan miskin tunang (2)
  • jehan miskin bertunang (2)
  • tiz zaqyah daniel haziqa (2)

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Review Filem : &#39;Awan Dania The Movie&#39; Ubat Rindu Peminat <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2013 09:40 PM PDT

Awan Dania The Movie

Masih ingat drama bersiri Awan Dania yang pernah ditayangkan di Astro Ria selama 3 musim? Anda mesti masih belum lupa melihat gelagat dan perangai Dania yang sering mencuit hati dan membuatkan anda tergelak.

Namun, selepas tamat drama bersiri tersebut, pengarah terkenal iaitu Rashid Sibir telah menggalas tugas berat dengan mengarahkan pula sebuah filem berdasarkan drama Awan Dania, iaitu 'Awan Dania The Movie'.

Dibintangi oleh Scha Al-Yahya (Dania), Elly Mazlein (Tania), Rusdi Ramli (Kapten Remy) dan juga Jehan Miskin (Benjy), produk terbaru Rashid Sibir ini telah mengimbau semula gelagat-gelagat Dania yang gelojoh dan suka melakukan perkara-perkara 'gila'. Kalau diikutkan logik, mana ada pramugari yang berperangai sebegini kan?

Filem 'Awan Dania The Movie' ini mengisahkan tentang Dania dan Tania yang satu ketika dahulu adalah kawan rapat. Namun disebabkan cemburu terhadap kejayaan dan juga kerana seorang lelaki iaitu Remy, hubungan Dania dan Tania secara tidak sedar semakin renggang. Mereka berdua masing-masing bersaing untuk mendapatkan anugerah pramugari terbaik.

04

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah watak Dania itu sendiri. Dalam tidak sedar, Dania sebenarnya sudah jatuh cinta pada Remy. Dania hanya menyedari perkara itu apabila wujud perasaan cemburu terhadap Tania yang berjaya mencuri hati Remy. Dalam mengejar cintanya dan ingin membuktikan bahawa Tania sebenarnya hanya mengambil kesempatan terhadap Remy, Dania telah membuat keputusan untuk mencari bukti dan menjelaskan semuanya pada Remy.

Namun, selepas semuanya tidak berhasil, Dania telah menghubungi Benjy untuk menyamar sebagai kekasihnya. Bagi yang tidak tahu atau mungkin sudah lupa, Benjy sebenarnya adalah seorang lelaki yang pernah meminati dan tergila-gilakan Dania pada suatu ketika dahulu.

Niat utama Dania melakukan perkara ini adalah kerana dia mahu Remy berasa cemburu padanya. Kerana kasih Benjy kepada Dania walaupun selepas ditolak berkali-kali, Benjy tetap bersetuju untuk menyamar menjadi kekasih Dania.

07

Konflik ini kemudian berterusan apabila Benjy yang hanya mahu menegur Remy telah bertukar menjadi insiden yang ganas. Remy telah menumbuk Benjy dimuka dan ini menyebabkan Benjy membalas kembali kekasaran itu. Dalam situasi ini, dapat dilihat Benjy benar-benar menyayangi Dania.

Walau bagaimana pun, Tania yang mendapat tahu mengenai perkara yang berlaku telah mendedahkan kepada Remy bahawa Benjy hanyalah sebahagian dari rancangan Dania untuk membuatkan dirinya cemburu. Klimaks cerita ini apabila Dee dan juga rakannya telah menipu Dania dan Tania mengatakan Remy bakal berkahwin. Jadi, masing-masing menggelabah dan bergegas membuat persiapan masing-masing.

IMG_5330

Rupanya, itu semua adalah satu penipuan dan majlis perkahwinan itu sebenarnya adalah majlis perkahwinan adik Remy.

Jadi, apakah yang akan berlaku di penghujung cerita ini? Adakah Dania atau pun Tania yang akan dipilih Remy? Bagaimana pula dengan Benjy yang telah menyamar sebagai kekasih Dania?

Secara peribadi, saya melihat filem 'Awan Dania The Movie' sebagai sebuah lagi filem ringan yang mencuit hati. Tak putus-putus kami tergelak sewaktu menonton filem ini. Gelagat Dania dan juga perkelahiannya bersama Tania tak ubah seperti budak kecil yang berebut mainan. Dania kelihatan lebih gedik dari wataknya sebelum ini didalam drama bersiri Awan Dania.

Bagi anda yang merindui drama Awan Dania dan sukakan filem penuh komedi dan humor, filem 'Awan Dania The Movie' ini adalah satu filem yang wajib ditonton. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Mac ini. Jangan lupa saksikan ya!

Tags: , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan