Nuffnang

Selasa, 2 April 2013

Adi Putra - Google Blog Search

Adi Putra - Google Blog Search


<b>Adi Putra</b> Kurang Pasti Status Rita Rudaini - Gua.com.my

Posted: 20 Mar 2013 03:32 AM PDT

Baru-baru ini timbul dakwaan mengatakan aktres, Rita Rudaini dilarang berlakon di samping Adi Putra oleh suaminya, Aidil Zafuan. Mengulas tentang isu ini, Adi Putra yang ditemui baru-baru ini memberitahu dia langsung tidak tahu menahu mengenai perkara itu serta tidak begitu pasti dengan status perkahwinan Rita Rudaini.

"Saya sama sekali tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh suami Rita itu. Malahan saya juga kurang pasti dengan status rumahtangga Rita dan merasakan hal ini terlalu peribadi untuk diulas dengan lebih lanjut," ujar Adi ringkas.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Singapura itu tidak keberatan memberikan pendapat peribadinya. Ujar Adi, sekiranya seseorang suami tidak menyukai isterinya melakukan sesuatu perkara, maka isterinya harus menghormati keputusan yang dibuat oleh suami. Ini kerana suami berperanan sebagai khalifah dan bertanggungjawab untuk membimbing keluarga.

Berkongsi cerita tentang filem 'Suami Aku Ustaz' yang bakal diterbitkan oleh syarikatnya, NUR ADP, Adi memberitahu, filem itu bakal memulakan penggambaran di Melaka pada pertengahan bulan April hadapan. Namun dia masih merahsiakan identiti pelakon wanita yang memegang peranan utama.

Sebagai teraju utama, Adi juga mengambil keputusan untuk memberi sepenuh perhatian kepada filem yang diadaptasikan dari novel itu. Dia juga menjelaskan bahawa plot filem itu mengikut naskah novel bagi memastikan keaslian jalan ceritanya tidak terjejas.

"Saya sebolehnya ingin fokus kepada filem 'Suami Aku Ustaz' yang akan menjalani penggambaran tidak lama lagi. Saya memperuntukkan masa lebih kurang satu bulan untuk filem itu. Filem tersebut mengisahkan mengenai sesuatu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam kehidupan seharian," ujar Adi.

Gambar Nora Danish & <b>Adi Putra</b> di Majlis Pelancaran <b>...</b> - RotiKaya

Posted: 26 Mar 2013 09:29 PM PDT

Filem adaptasi novel pertama arahan Adi Putra berjudul "Suami Aku Ustaz" merupakan gandingan kembali sepasang pelakon yang begitu serasi di layar perak iaitu Nora Danish dan juga pengarahnya sendiri.

Membuat Majlis Pelancaran Penggambaran di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini dilihat merupakan satu perubahan di dalam industri seni tanah air apabila Kementerian Melaka turut sama menyokong.

Antara yang dilihat turut serta di dalam majlis tersebut adalah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd  Ali Bin Mohd Rustam.

Diselitkan sekali disini, gambar kedua-dua pelakon ini kelmarin.

<b>Adi Putra</b> Tak Kecil Hati Tak Dapat Anugerah | MyNewsHub

Posted: 27 Mar 2013 09:29 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA – Pelakon Adi Putra tidak berkecil hati ataupun mempunyai rasa marah sekiranya gagal menerima sebarang pengiktirafan sepanjang beberapa tahun bergelar pelakon. Adi atau nama sebenarnya, ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan