Nuffnang

Selasa, 2 April 2013

awi rafael - Google Blog Search

awi rafael - Google Blog Search


Peluang Ke Showcase <b>Awi Rafael</b> Masih Terbuka, Sertai Sekarang!!! |

Posted: 06 Feb 2013 10:10 PM PST


Adakah anda peminat Awi Rafael? Jika ya, inilah peluang anda untuk ke showcase Awi Rafael yang bakal berlangsung pada 8 Februari ini pada jam 3 petang di Dewan Orkestra, ASWARA, Jalan Tun Ismail, KL.

awi rafael

Ketika showcase tersebut, turut sama akan dilancarkan secara ekslusif ialah video klip HARI–HARIKU. Bagaimanakah cara untuk anda menyertainya? Hanya perlu jawap 3 soalan mudah di bawah dan hantarkan penyertaan ke contestwarner@gmail.com

1. "HARI-HARIKU" merupakan single Awi Rafael yang ke-berapa bagi album ASALKAN AKU OK?
2. Di manakah showcase Awi Rafael bakal berlangsung?
3. Apakah acara ekslusif yang bakal berlangsung pada SHOWCASE AWI RAFAEL nanti?

awi rafaelSenang je kan soalan dia? Jangan lupa hantar penyertaan bersama maklumat diri (nama penuh, ic, hp number, fb account) ke contestwarner@gmail.com. Peserta yang mempunyai caller ringtone salah sebuah lagu AWI RAFAEL akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi pas percuma ini. Maklumat lanjut tentang showcase ini boleh dibaca di sini.

P.S: Fesyen tudung terbaru, hijab rambut palsu.

Baca Yang Ini Pulak:-


Hari Hariku - <b>Awi Rafael</b> #Lirik @lagubestbest

Posted: 02 Mar 2013 04:59 PM PST

Tajuk Lagu/ Song Title: Hari Hariku
Artis/ Artist: Awi Rafael
Album/ Info: Awi Rafael 2013 / Single 'Hari-Hariku' oleh penyanyi dan penulis lagu 'Awi Rafael' yang dikeluarkan pada tahun 2012 dimuatkan dalam album 'Awi Rafael' pada 2013.

Video Muzik/ Music Video: Hari Hariku - Awi Rafael
Youtube

Lirik Lagu/ Lyrics: Hari Hariku - Awi Rafael
Indahnya kata-kata hatimu
Menyempurnakan warna hatiku
Tulusku kata, kuinginkan semua
Kebaikan, hanya untukmu

Chorus:
Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang kupernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Indah matamu mata hatimu
Mewarnikan hitam hatiku
Benar kau kata, kebenaran semua
Firasat aku hanya untukmu..

[Chorus]

Hari-hariku rasa bersyukur karna kau
Tetap akan ada
Menerima semua kesalahan yang kupernah ada
Hari-hariku rasa cinta

Berkata, duduk terdiam ku berkata
Soalannya, soalannya tentang kita
Engkaulah, engkaulah semua di hatiku
Akukan menunggu

Persembahan memukau <b>Awi Rafael</b> – Perak Today

Posted: 12 Feb 2013 06:12 AM PST

MEMUKAU! Itulah perkataan tepat menggambarkan persembahan penyanyi dan penulis lagu dari Singapura ini ketika mengadakan Showcase di Dewan Orkestra Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Jumaat lalu.

Membuka tirai dengan single terbarunya berjudul Asalkan Aku ok!, pemilik nama Muhammad Nabawi Ewan Gunawan, 26 atau lebih dikenali sebagai Awi Rafael ini nyata membuatkan dewan tersebut gamat dengan tepukan dan sorakan dari peminatnya yang hadir menyaksikan showcase malam itu.

Ia diikuti dengan diikuti dengan lagu Hari-Hariku, Siapa Yang Sempurna, Bila Aku Jatuh Cinta, Satu Peluang Saja dan Pulanglah.

Dalam pada itu, Awi yang tampil dengan gaya santai, kelihatan begitu bersahaja ketika menyampaikan keenam-enam lagu yang dipilihnya bagi showcase tersebut.

Suasana menjadi lebih meriah apabila, Awi muncul di atas pentas dan bermain piano bagi lagu hitsnya yang berjudul  Bila Aku Jatuh Cinta.

Nyata, alunan piano dan suara merdunya berjaya membangkitkan suasana dewan yang hanya dihiasi lilin sehingga memberi impak yang begitu romantis.

Dalam pada itu, ketika showcase ini diadakan, Awi sempat mengadakan sesi pengenalan kepada album Asalkan Aku Ok! dan pelancaran bagi muzik video single terbarunya, berjudul Hari-Hariku.

Syukur berjalan dengan lancar

Berkongsi sedikit mengenai showcase tersebut, jelas Awi, dia sangat berpuas hati kerana dapat menghiburkan peminat yang hadir pada hari itu.

Katanya, walaupun mengalami sedikit masalah teknikal, persembahan tetap diteruskan seperti yang dirancang.

"Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.

"Insya-Allah, showcase saya seterusnya kini dalam perancangan dan golongan sasaran saya adalah pelajar kerana muzik yang saya bawakan sesuai dengan jiwa muda mereka," tutur Awi tertarik dengan suara dan muzik yang disampaikan pelajar Aswara.

Lahir album kedua

Selepas menghasilkan album EP lima lagu Awi Rafael yang dikeluarkan sekitar tahun lalu, kini dia tampil dengan album kedua.

Sedikit mengenai album ini, bagi Awi ia disifatkan lebih matang, berunsurkan masyarakat dan ketuhanan.

Menariknya, ia juga lebih romantis yang mana turut menyelitkan kisah cintanya.

"Kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini merupakan karya saya sendiri. Buat masa sekarang, apa yang saya nampak, lagu Asalkan Aku Ok! sangat digemari peminat muzik tanah air dan sering dimainkan di stesen radio tempatan," katanya gembira lagu tersebut mendapat sambutan.

Selain itu, Awi turut mempertaruhkan single terbarunya, Hari-Hariku yang selari dengan imej dan penampilannya yang sentiasa ranggi.

"Lagu ini bagaikan sebahagian dari jiwa saya kerana ia disampaikan dalam rentak rock.

"Hari-hariku mengisahkan hari-hari yang dilalui dengan rasa cinta. Segala-galanya rasa indah dan lengkap dengan kehadiran cinta," kata Awi lagu tersebut menceritakan perasaan syukurnya terhadap seseorang.

Tidak percaya karya orang?

Berbicara mengenai pembikinan album keduanya itu, jelas Awi, ia merupakan seratus peratus hasil kerjanya termasuklah dari segi pembikinan lagu dan lirik.

Menolak tanggapan bahawa dia tidak mempercayai karya orang lain, sebaliknya Awi Rafael menjelaskan album keduanya telah memberikan kepuasan terhadap dirinya.

"Menulis lagu sendiri antara sebabnya kerana saya mahu menghubungkan diri dengan perasaan setiap pendengar dengan lebih mendalam.

"Malah lagu Siapa yang Sempurna ditulis dalam waktu yang singkat," kata Awi Rafael.

Ketika ditanya mengenai lagu yang paling menyentuh hatinya sebagai insan, Awi Rafael menyifatkan single Dewa paling bermakna dalam hidupnya kerana ia merupakan lagu pertama berunsurkan ketuhanan.

"Saya sangat bersyukur masih diberikan peluang dan ruang untuk menghasilkan album ini selama dua bulan disiapkan dan dilancarkan dalam waktu yang singkat selepas album pertama," tuturnya.

Impi album Inggeris

Dalam diam, anak kelahiran Kota Singa ini sebenarnya turut mengimpikan untuk mengeluarkan album Inggeris sendiri setelah lagu dalam albumnya yang bertajuk My Baby mendapat sambutan menggalakkan.

Ketika diusik mengenai kaitan lagu tersebut dengan pelakon Ruby, Hanez Suraya, Awi sambil tersenyum tidak menafikan usikan tersebut.

"Hanez sentiasa menyokong saya. Malah dia membawa 10 peminatnya untuk bersama menonton showcase saya.

"Kami saling sokong dan menghormati kerjaya masing-masing," beritahunya My Baby ditujukan kepada Hanez yang banyak memberikan sokongan dan semangat dalam perjuangan seninya.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan