Nuffnang

Selasa, 2 April 2013

Along Cham - Google Blog Search

Along Cham - Google Blog Search


<b>Along Cham</b> Terkilan Difitnah Mengongkong Zila | buahmulut.com

Posted: 31 Jan 2013 08:19 PM PST

Apabila dapat bertemu dengan Along Cham baru baru ini dimajlis tayangan perdana filem terbaru lakonanya, timbul satu persoalan di benak fikiran kami iaitu kemanakah hala tuju karier isterinya yang juga merupakan seorang bekas peserta AF4 iaitu Zila Seeron?


Poster Juvana

Agak jarang dapat melihat isterinya itu dimana-mana persembahan pentas pada ketika ini. Benarkah Zila kini dikongkong oleh Along dengan tidak mengizinkanya bernyanyi lagi?

Jelas Along Cham "Tidak, bukan saya yang mengongkong dia untuk terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian pada masa ini, tetapi situasi bagi industri sekarang terbatas untuk dia kembali aktif muncul dengan lagu baru. Kalau kita tengok hari ini nak cipta satu lagu pun hampir sepuluh ribu ringgit. jadi duit yang sebanyak itu lebih baik saya melabur ke tempat yang lain. Industri sekarang ni pun tak macam dulu."


Poster Juvana

"Jadi kalau nak guna istilah kongkong tu memang tak tepatlah. Lagipun dia ada juga muncul dalam program Tv cuma tidak banyak jela. Mungkin sebab itu ada yang beranggapan seolah – olah saya ni seperti seorang suami yang mengongkong si isteri sedangkan hal itu bagi saya hanya satu salah tafsir bagi yang ambil berat akan kami berdua."

Tambah Along juga untuk 2013 ini beliau memang sudah ada perancangan untuk berduet bersama Zila dan masih dalam proses pemilihan lagu yang sesuai dengan konsep mereka berdua. Bagaimanapun beliau menegaskan tidak tergesa gesa untuk membuat pemilihan lagu kerana tidak mahu memilih material yang tidak berkualiti.

Mungkin Anda Perlu Baca Ini Juga !!

<b>Along Cham</b> Nafi Kongkong Zila, Mahu Duet Bersama - Gua.com.my

Posted: 30 Jan 2013 06:55 PM PST

Semasa tayangan filem 'Wawa Semput' baru-baru ini, GUA sempat bertemu dengan Along bagi mendapatkan berita terbaru diri dan isterinya untuk dikongsikan kepada pembaca GUA.

"Untuk tahun 2013, saya merancang untuk membuat single duet bersama isteri. Sekarang ini, kami tengah mencari material yang sesuai. Di zaman ini apabila mengeluarkan sebuah album yang dimuatkan dengan 10 lagu, ia melibatkan kos yang banyak. Sebab itu saya merasakan 'single' merupakan satu jalan alternatif bagi seorang penyanyi untuk terus berada di dalam industri ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai gosip yang mengatakan bahawa dia mengongkong Zila dalam meneruskan aktiviti kerjaya seninya, Along berkata, "Tiada istilah kongkong dalam kehidupan kami sekeluarga. Apa yang boleh saya kongsikan di sini ialah Zila tidak suka ada 'maid'.

"Dia lebih selesa membuat kerja harian dan menjaga anak sendiri. Zila ada sahaja memenuhi jemputan undangan menyanyi cuma jarang berada di kaca televisyen."

Turut ditanya jika mereka mempunyai perancangan menambah ahli keluarga, Along dengan terujanya berkongsi ia "masih dalam perancangan".

"Mungkin belum ada rezeki. Saya hanya mampu merancang dan berdoa supaya dikurniakan lagi cahaya mata selepas ini."

Kepada peminat-peminat Along, jangan lupa saksikan filem terbarunya 'Wawa Semput' terbitan MiG bersama-sama dengan pelakon lain, antaranya Angah Raja Lawak, Yana Samsudin dan Adiba Yunus.

Artis & Instagram: <b>Along Cham</b>

Posted: 14 Oct 2012 04:59 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan