Nuffnang

Selasa, 2 April 2013

Jue Aziz - Google Blog Search

Jue Aziz - Google Blog Search


Rita Rudaini Cabar <b>Jue Aziz</b> Tunjuk Bukti

Posted: 30 Aug 2012 08:50 PM PDT

..

"Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.

"Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhannya itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka,"

Itu kata pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang terkilan dengan kenyataan Jue Aziz yang mendakwa dirinya menuduh wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya juga pemain skuad bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak.

Bercakap kepada Harian Metro, pelakon Balistik ini kesal, terkejut dan terkilan selepas membaca kenyataan Jue seperti disiarkan baru-baru ini apabila Jue mendakwa Rita menuduhnya dan Aidil mempunyai hubungan. Menurut Rita, kenyataan itu dengan jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua dan kenyataan pelakon itu sememangnya keterlaluan.

Rita berkata dia hanya mengetahui gosip mengenai hubungan Aidil dan Jue selepas seorang rakan media menghubunginya sekitar Mac lalu untuk mendapatkan komen apabila suami saya dikatakan rapat dengan pelakon itu. Rita bagaiamanpun ada terus bertanyakan kepada Aidil, tetapi dia kata langsung tidak mengenali Jue.

"Saya bertanya kepada Aidil pun bukan sebab saya cemburu atau tidak senang dengan hubungan mereka (Aidil dan Jue) berdua seperti dimaklumkan wartawan berkenaan. Sebaliknya berkata kepada Aidil jika mahu mempunyai skandal sekalipun jangan sampai menyusahkan saya. Gosip mereka berdua membuatkan wartawan mencari saya untuk mendapatkan komen.

"Kalau saya jahat sangat sampai ingin menyebarkan hal ini, dari Mac lalu hal ini sudah sampai ke pengetahuan umum. Tetapi kerana saya sudah tidak mahu ambil tahu mengenai apa yang Aidil ingin lakukan, saya biarkan saja gosip itu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri," katanya.

Satu lagi kenyataan Jue yang disifatkan tidak berasas dan melampau oleh Rita apabila aktres itu mendakwa jangan mengada-adakan cerita yang kru produksi pernah melihat Jue dan Aidil keluar berdua.

"Saya nak tanya dia (Jue), dia dengar cerita dari mana dan siapa yang kononnya saya berkata begitu?

"Ini kerana saya tidak pernah berhubung dengan Jue atau meminta penjelasan daripadanya sejak gosip itu berlegar Mac lalu kerana seperti yang saya katakan, saya sudah tidak mahu ambil pusing apapun yang Aidil ingin buat.

"Satu lagi kenyataan melampau Jue apabila dia berkata yang saya boleh minta simpati di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa diri saya sebenarnya.

"Saya lebih makan garam berbanding dirinya (Jue) dalam bidang seni ini dan Alhamdulillah sampai sekarang saya masih diberi kepercayaan pihak produksi untuk melakonkan watak utama, sekali gus membintangi drama, telefilem serta filem terbitan mereka. Saya bukan mahu takbur atau bangga diri, tapi sila jaga bahasanya itu.

"Kalau saya pernah senyap seketika pun, itu bukan sebab tiada 'job' tetapi saya sendiri mengambil keputusan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.

"Sepanjang lebih 10 tahun berlakon, saya jarang terbabit dengan kontroversi melainkan isu 'kahwin lari' itupun kerana ingin melakukan perkara baik, sedangkan Jue, apakah dia langsung tidak pernah dihambat kontroversi? Saya tidak mahu sebut kontroversi pernah menghambat dirinya yang pernah saya, umum dan penggiat seni dengar kerana tak mahu membuka aibnya. Lagipun dia tiada kena-mengena dengan hidup saya.

"Cuma, saya berharap dia lebih berhati-hati dengan tutur katanya dan jangan sewenang-wenangnya bercakap hal orang sedangkan dia sendiri bukan seorang artis yang boleh dianggap 'bersih dan bebas' kontroversi," kata Rita.

Berhubung percanggahan pengakuan Aidil yang mengatakan langsung tidak mengenali Jue sedangkan Jue pula mengakui mempunyai nombor pin BBM pemain bola sepak pasukan ATM itu. Bahkan baru-baru ini Aidil ada berhubung dengan Jue untuk menyelesaikan kemelut gosip yang mengaitkan mereka berdua, Rita menyerahkan pada umum untuk menilai.

"Biarlah orang yang membaca kenyataan saya dan Jue sebagai dilaporkan Rabu lalu, menilai sendiri. Saya percaya pembaca bijak menilai.

"Menurut Jue, suami saya ada menghubunginya untuk menyelesaikan gosip yang mengaitkan mereka berdua, tetapi kenapa Aidil tidak berbuat demikian untuk menerangkan hal sebenar kepada saya yang masih lagi isterinya walaupun situasi rumah tangga kami ketika ini ibarat 'retak menanti belah'.

"Bukan itu saja, kalaulah saya berada di tempat wanita yang dikaitkan dengan suami orang, saya akan menghubungi isteri kepada lelaki berkenaan untuk meminta maaf di atas gosip yang tersebar, sekali gus menafikan jika ia tidak benar. Bukannya kita menuduh dan menghina isteri lelaki itu pada umum," katanya.

- mD

Blog Info: <b>JUE AZIZ</b> DAN AIDIL ZAFUAN TIADA HUBUNGAN CINTA

Posted: 22 Aug 2012 02:36 PM PDT

Jue Aziz nafi mencintai Aidil Zafuan-tepis gosip tiada hubungan cinta

jue aziz jue aziz nafi mencintai aidil zafuan

Siapa menyangka gosip liar akan melanda Jue Aziz yang juga seorang pelakon.Terbaru tersebar gosip yang mengatakan Jue bercinta dengan suami Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak

Ekoran gosip tersebut Jue menafikan dakwaan tersebut malah Jue turut menegaskan, dia tidak suka menjadi peruntuh rumah tangga orang, apatah lagi Aidil merupakan suami kepada rakan pelakonnya

"Saya kenal Aidil sebagai kenalan biasa, namun menolak dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan dia

"Bagaimana kami boleh bercinta kalau tidak pernah berjumpa? Dakwaan tentang hubungan kami sangat tidak berasas," luah Jue sewaktu dihubungi Kosmo! semalam

Beliau juga ibaratkan dirinya mangsa keadaan

"Saya anggap diri sebagai mangsa keadaan dan tidak mustahil saya telah menjadi kambing hitam untuk pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan Aidil"

Facebook : Komen dan Maklumat Dari Pembaca

Aidil Zafuan Dan <b>Jue Aziz</b> Bercinta, Ayu Raudhah Jadi Orang <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2012 10:15 PM PDT


Aidil Zafuan Dan Jue Aziz Bercinta. Ahad yang lepas, CAK di dalam Harian Metro Ahad menulis gosip tentang Aidil Zafuan dan Jue Aziz yang dikatakan bercinta.
Menurut CAK, Aidil dan Jue telah diperkenalkan menerusi adik ipar Aidil iaitu Ayu Raudhah. 
MACAM tidak mahu percaya dengan apa disampaikan sumber mengenai Jue Aziz, yang kini kelihatan seperti menyepi daripada publisiti, dikatakan bercinta dengan Aidil Zafuan.
Kalau hendak diikutkan, apa kaitannya dramatis itu dengan pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), juga suami kepada Rita Rudaini (masih lagi suami kerana perbicaraan perceraiannya belum selesai)? Menurut sumber, Jue kini dikatakan akrab dengan Aidil, malah ada ketika kelihatan mereka seakan-akan dilamun cinta. CAK rasa macam nak tersembul biji mata bila sumber terbabit menceritakan perkara ini.
Tambahnya, walaupun kedua-duanya seperti mahu merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan umum, ada kakitangan produksi yang pernah bekerja dengan Jue terserempak mereka berdua.
Hairan juga CAK, macam mana mereka berdua boleh bertemu memandangkan dunia mereka jauh berbeza. Hendak kata Jue akrab dengan Rita, tidak juga.
Kata sumber itu, sebenarnya adik ipar Aidil yang juga pelakon, Ayu Raudah yang memperkenalkan mereka berdua.
Andai benar seperti disampaikan, CAK rasa ia keterlaluan memandangkan Aidil masih lagi suami Rita.
Namun hari ini, menerusi suratkhabar Kosmo, Jue Aziz tampil menafikan yang dia mempunyai hubungan istimewa dengan Aidil.
Jue mengakui mengenali Aidil namun hanyalah sekadar kenalan biasa. Malah Jue berkata yang semenjak dua ini dia sememangnya sibuk dengan penggambaran di luar Kuala Lumpur dan tak mungkin mempunyai masa untuk keluar berdua-duaan dengan Aidil. Kata Jue:-
Pertama sekali, saya ingin menegaskan yang saya memang tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan Aidil seperti yang didedahkan. Saya sendiri agak hairan apabila nama saya telah dikaitkan sehingga boleh menimbulkan impak yang buruk. Bagaimanapun, saya akui memang mengenali Aidil dan sejujurnya ia sekadar kenalan biasa. Tidak lebih daripada itu. Kalau ada yang mengatakan kami dilamun cinta atau pernah keluar berdua-duaan, sudah tentu ia tidak benar sama sekali. Sejak kebelakangan ini juga jadual saya agak padat dengan aktiviti lakonan dan sering menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur. Jadi, tidak mungkin saya ada masa untuk keluar dengan Aidil, apatah lagi dengan statusnya yang masih lagi suami orang.
Jue juga memberitahu Kosmo yang dia mengetahui siapakah dalang di sebalik gosip ini. Malah Jue turut melahirkan rasa simpatinya kepada Ayu Raudhah yang tercalar reputasinya kerana dikatakan menjadi orang tengah memperkenalkan dia dan Aidil:-
Apa yang saya dapat tahu bukan nama saya seorang sahaja yang telah terjejas, malah ia juga memberi impak yang buruk terhadap Ayu. Walaupun hubungan kami tidaklah terlalu rapat, tetapi saya kasihan dengan Ayu apabila dia pula dituduh menjadi orang tengah.
@: Biasanya kalau citer macam ni dah dijadikan gosip pasti citer betul. Ala tak kan korang tak tahu banyak dah gosip yang berterbangan lama-kelamaan diketahui juga kebenarannya. Antaranya Norish Karman Dan Anaknya dan banyak lagi lah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan