Akim Ahmad & Ashraf Muslim bersama Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tengah)
Bahang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) memang sudah tidak dapat dibendung lagi. Bendera dari pelbagai parti tak kira pembangkang mahupun kerajaan dilihat berkibar dimana saja kita berada
Pelbagai strategi dilaksanakan bagi meraih undi serta mendapatkan sokongan dari rakyat. Antara selebriti yang tempias dari kehangatan pilihanraya kali ini termasuklah Wan Aishah Wan Ariffin yang bakal bertanding atas kerusi PAS di Parlimen Jempol, Negri Sembilan.
Namun lain pula di sebelah Johor, selebriti tempatan iaitu Ashraf Muslim dan Akim Ahmad yang dilahirkan menerusi rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) telah dilantik sebagai Ikon Muda Barisan Nasional (BN) bagi kawasan parlimen Pasir Gudang, Johor. Objektif utama mereka ialah untuk membantu jentera parti itu berkempen bagi pilihanraya kali ini.
Nampaknya, PRU kali ini boleh dikatakan antara PRU yang paling mencabar dan sengit. Pelbagai taktik dan strategi digunakan oleh kedua-dua pihak.
Oh ya, pada anda, jangan lupa untuk mengundi. Ingat, undi anda mampu memberikan perubahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan