Nuffnang

Ahad, 21 April 2013

Neelofa - Google Blog Search

Neelofa - Google Blog Search


Foto : <b>Neelofa</b> Sudah Bersedia Untuk Majlis Pernikahan? | Portal <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 11:35 PM PDT

Neelofa

Wah, sungguh anggun dan ayu pelakon serta pengacara jelita, Neelofa tatkala menggayakan persalinan untuk ke majlis pernikahan hasil rekaan pereka fesyen terkenal, Syaiful Baharim.

Menerusi foto yang dipaparkan, Syaiful Baharim lebih gemar menampilkan potongan yang bertemakan baju kurung moden serta kebaya untuk setiap helaian rekaan terbarunya dan kesemua busana tersebut telah diilhamkan dengan penggunaan fabrik seperti kain kasa, renda Perancis, cifon, taffeta serta renda Prada.

4112013_neelofaamnikah6-a

Meskipun busana yang digayakan oleh Neelofa ini kelihatan ringkas, akan tetapi dengan adanya sedikit perincian sarat seperti eleman manik serta renda di bahagian dada, ia mampu menonjolkan aura pesona dan ayu buat si gadis apabila menunggu saat-saat diijabkabulkan.

4112013_neelofaamnikah10-a

Busana berpotongan kebaya ini sangat sesuai untuk digayakan sewaktu majlis pernikahan, dengan adanya elemen renda serta manik-manik sarat dibahagian belakang busana, ia mampu menyuntik aura elegan buat si gadis. Bahagian kain busana yang direka sedikit beralun ini juga mampu menampilkan sedikit kelainan ketika menjelang hari bahagia.

Berikut kami lampirkan beberapa lagi foto Neelofa dengan persalinan pernikahan untuk tatapan anda semua. Sungguh cantik Neelofa dalam persalinan ini kan?

Kredit Foto : Murai.com

Tags: , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan