Nuffnang

Ahad, 21 April 2013

Ezany Nizariff - Google Blog Search

Ezany Nizariff - Google Blog Search


<b>Ezany Nizariff</b> di BlackList Dari Berlakon Sebab Tak Kacak..

Posted: 17 Apr 2013 06:10 PM PDT

Pada: Khamis, 18 April 2013 Pelakon yang dahulu dikenali ramai, Ezany Nizariff dan selepas itu makin lama makin tidak kelihatan adalah disebabkan dia diboikot atau di blacklist oleh pihak atasan stesen TV tanpa memberikan alasan yang menyakinkan Ezany.

Perkara yang berlarutan setahun itu dikatakan hampir 20 buah drama yang menyenaraikan namanya telah ditolak. Entah dimana silapnya, memandangkan Ezany tidak pernah bergiat aktif dalam mana-mana cabang politik melainkan ada business belacannya sendiri.

"Sudah hampir setahun perkara ini berlaku dan pihak produksi sering memberitahu saya stesen TV itu tidak mahukan saya sebagai pelakon apabila nama saya dicadangkan.

"Saya hairan kerana sebelum ini masalah itu tidak pernah berlaku,

"Antara alasan yang diberikan, wajah saya tidak lagi sesuai untuk program terbitan mereka serta sebab-sebab yang tidak munasabah dan kukuh lain," katanya.

Sebab ini sukar diterima oleh Ezany melalui petikannya di portal mStar semalam, bahkan Ezany menambah kemungkinan diboikot adalah kerana dia mengadu dalam satu rancangan hiburan tv yang menyatakan sikap sebuah syarikat produksi yang gagal melunaskan bayaran gajinya.

Difahamkan juga, Zed Zaidi tidak mengambil sebarang tindakan diatas apa yang menimpa Ezany yang sudah hampir 12 tahun sebagai anak seni. ini

Tag: , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan